Siti menjawab serangan seksis Jamal dan berkata ia tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.
PETALING JAYA: Selepas kiriman laman sosial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengkritik Datuk Seri Jamal Yunos kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi selebriti kerana masih tidak menimang cahaya mata.
“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.
Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.
“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman
“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.
EmoticonEmoticon