KUALA LUMPUR: Pelakon Polis Evo, Pablo Amirul, mengaku menjadi mangsa jenayah siber apabila gambarnya yang menampakkan sebahagian alat sulitnya tersebar di laman sosial, baru-baru ini.
Sambil mengaku sudah mengetahui perkara itu sejak tiga hari lalu, Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 31, berkata empat keping gambar yang tersebar itu disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya ada melihat sekeping gambar dan saya mengaku itu badan saya, tetapi gambar yang menampakkan sebahagian alat sulit itu disunting.
"Tiada laporan polis dibuat kerana kalau saya menafikannya sekalipun, orang akan pertikaikan. Saya malas nak panjangkan cerita dan saya serahkan saja perkara ini kepada Allah," katanya ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.
Ditanya mengenai kemungkinan dirinya menjadi mangsa sabotaj, pelakon itu enggan menuduh mana-mana pihak.
"Saya bukannya pelakon popular yang membuatkan orang hendak berdengki. Entahlah, saya pun tidak mahu menuduh sesiapa.
"Mungkin perkara ini berlaku apabila kerjaya seni saya semakin meningkat," katanya yang sedang menjalani promosi filem video cakera padat, Last Kopek Havoc, di Pulau Pinang, ketika dihubungi.
Tambahnya, sebagai selebriti, beliau sentiasa menjaga diri dan memikirkan keluarga sebelum melakukan sesuatu perkara.
Kontroversi gambar bogel pelakon berbakat itu timbul apabila empat keping foto memaparkan seorang lelaki tanpa seurat benang yang dipercayai dirinya tersebar di laman sosial.
Dua daripada gambar terbabit memaparkan separuh wajah mirip pelakon terbabit manakala dua lagi menampakkan sebahagian alat sulitnya.
EmoticonEmoticon