Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa dirinya ditumbuk oleh peserta Bersih5 dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ampang.
Ketika kejadian, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) itu bersama 150 pengikutnya dikatakan bertembung dengan kumpulan yang memakai baju kuning dipercayai kumpulan Bersih.
Kekecohan dikatakan berlaku akibat pertembungan dua kumpulan itu sebelum Jamal diserang dan ditumbuk individu tidak dikenali. Akibat serangan itu, Jamal cedera di muka dan hidungnya berdarah sebelum kekecohan itu dileraikan beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Selepas membuat laporan polis, Jamal jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan membalas dendam.
"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).
"Saya akan cincang mereka," katanya.
Namun, ramai yang mempertikaikan tuduhan Jamal ke atas penyokong Bersih5 kerana dari video kekecohan yang dirakam jelas kedengaran Jamal berkata "olis tumbuk saya!" berkali-kali.
Tidak hanya dikalangan pengikut Bersih, ramai masyarakat Melayu yang juga anti Bersih turut marah dengan tindakan ala samseng Jamal serta pengikutnya. Seorang lelaki bernama Sharul Nizam Ab Rahim atau lebih dikenali sebagai Abang Kucing tampil mencabar Jamal untuk bertinju digelanggang, satu lawan satu untuk beradu kekuatan "dengan cara yang betul".
Pada minit ke 1.40, Dato Jamal Yunus MEMULAKAN sentuhan fizikal. Disebab Polis dan Undang-Undang tak mampu cegah kesamsengan dia pada manusia lemah, bully semakin berleluasa. Budak yang Dato sentuh tu - Melayu tau
Oleh yang demikian, Saya Abang Kucing mencabar Dato Jamal supaya kita buka Gelanggang untuk Bertinju. One By One atas Gelanggang. We fight ikut berat dan tinggi macam sukan. Ini cara yang betol - Adu Kekuatan
Saya menampilkan Boxer
1) Saudara Suresh Perisamy - https://www.facebook.com/suresh.perisamy?fref=ufi
I'm ready for the royal rumble with Jamal Tongkol...harap2 Sharul Nizam Ab Rahim ni boleh jadi promoter agung utk mempertemukan pahlawan unggul bedarah merah (Jamal) dan putih (lihat pada muka saya) dlm pertarungan terhebat di abad ini. Ohaaa...
2) Petinju Iban, Saudara Napoleon Lawik The Great - https://www.facebook.com/napoleon.lawik?fref=ts
Dato Jamal atau wakil, boleh call saya 012 7413497
Gaduh2 tepi jalan dengan orang tak melawan ni, jadikan Bangsa Melayu lebih terhina. Saya ada tanggungjawab pada Bangsa Melayu
3 Perkara Best dalam Dunia
1) Amal Rasuah
2) Memfitnah
3) PUKOL ORANG ATAU PUKOL HAIWAN YANG TIDAK MELAWAN
TOLONG SHARE
Aku Abang Kucing Pengundi BN Seumur Hidup untuk --> Parliament Padang Rengas dan DUN Lubok Merbau
Hebat-hebat juga petinju yang ditampilkan oleh Abang Kucing namun adakah Dato Jamal akan menyahut cabaran ini? - CARI
EmoticonEmoticon