Monday, 3 October 2016

Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Kini Ijazah Beliau DiPersoal Netizen



Salam pembaca semua , blog ini ditulis bukan bersifat politik tetapi lebih kepada kepentingan umat Islam di negara ini , terutama yang menyimpan di Tabung Haji . Blog ini adalah kesinambungan blog Jom Tolak Azeez Rahim yang pernah ditulis sekitar tahun 2010 dahulu . Perlantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji baru-baru ini menimbulkan kerisauan di kalangan ramai orang Islam , baik yang berada dalam PAS , UMNO dan PKR . Malah orang-orang yang rapat dengan Azeez Rahim dan tahu sejarah beliau pasti cukup marah dengan berita perlantikan beliau sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru .

Soal setinggi mana pelajaran Azeez merupakan salah satu isu perlantikan beliau . Masakan seseorang yang tak pernah ambil SPM boleh memegang jawatan dalam salah satu institusi penting dalam negara ? Pengerusi Tabung Haji yang pertama ialah Prof Ungku Aziz , dia dah letakkan satu 'benchmark' yang agak tinggi bagi individu yang sepatutnya menarajui Tabung Haji , ironik sekali bila Azeez yang tak pernah lulus SPM tiba-tiba dilantik menjadi pengerusi . Mungkin untuk menutup kelemahan peribadi yang tak punya pelajaran tinggi, Azeez Rahim membeli ijazah dari sebuah universiti dari US iaitu University Preston.

Azeez Rahim berlagak dengan ijazah yang dibeli itu . Malah ijazah beli itu turut dipertonton dalam laman web Tabung Haji bila Azeez Rahim sebelum ini dilantik menjadi salah seorang lembaga pengarah. Namun setelah kantoi yang University Preston dari USA ni tak wujud (seperti yang dijelas dalam banyak laman blog sebelum ini) , Azeez Rahim cepat-cepat buat 'damage control' dengan meminta web master laman web Tabung Haji memadamkan kelayakan beliau dari Universiti Preston itu . Jadi inikah integriti yang ada pada seorang yang bergelar pengerusi Tabung Haji ? Menipu semata-mata nak menaikkan imej beliau di mata rakyat dan pemimpin-pemimpin kerajaan ! Sumber



1 comments so far

Memang gerngsteer kampung medan ini hgengster umno


EmoticonEmoticon