Sunday 24 July 2016

Jamal Gesa Rakyat Malaysia Turun Ke Jalan Raya Mempertahankan Najib Seperti Turki

JAMAL GESA SOKONG NAJIB SEPERTI RAKYAT TURKI SOKONG ERDOGAN



Jika BERSIH 5 diadakan, seorang pemimpin Umno berjanji akan membawakan Himpunan Baju Merah versi kedua untuk berdepan dengan mereka.

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata jika ia berlaku dianggarkan lebih 300,000 orang akan turun dan “memerahkan Kuala Lumpur” pada hari berkenaan.

“Perhimpunan itu akan diadakan pada tarikh dan waktu sama dengan program BERSIH,” katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Jamal juga berkata orang ramai perlu bangkit menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti rakyat Turki mempertahankan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berdepan cubaan rampasan kuasa minggu lalu.


Semalam Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyatakan kumpulan itu sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan perhimpunan massa ekoran saman sivil dikemukakan pihak berkuasa AS ke atas 1MDB.

Kata pemimpin badan reformasi pilihan raya itu sekarang adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan, namun mengakui ia masih di peringkat perbincangan.

Setakat ini sudah empat siri himpunan BERSIH diadakan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kata Jamal kenyataan dibuatnya itu tidak membuktikan apa-apa, sebaliknya berpendapat BERSIH 5 tidak sepatutnya diadakan.

Dia kemudian menganggap Maria, bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “dajjal”.

Jamal turut mencabar tokoh terbabit mengadakan perhimpunan berkenaan untuk membuktikan mereka memiliki sokongan orang ramai.

Sementara itu Jamal berkata dia percaya Dr Mahathir adalah orang yang ada di belakang saman sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB.


EmoticonEmoticon