Thursday 9 June 2016

Video Rosmah Mansor Naik Private Jet Dengan Beg Mencurigakan Menjadi Tanda Tanya

VIDEO ROSMAH NAIK ‘PRIVATE JET’ DENGAN BANYAK BEG

Untuk hari ketiga berturut-turut, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus mendedahkan mengenai perjalanan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi untuk ke Istanbul, Turki.

Kali ini, beliau berkongsi video dua minit yang kononnya menunjukkan Rosmah menaiki pesawat milik Emirates Airline dengan pegawainya membawa beg ke dalam pesawat.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Kangsar, Rafizi mempersoalkan jumlah pegawai yang mengiringi isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan itu serta kandungan beg berkenaan.

Menurut ahli parlimen Pandan itu, beliau tidak pasti bilangan beg yang dibawa itu dan menyoal mengapa ia idak diletakkan di kawasan bagasi yang ditetapkan tetapi terpaksa diangkut sendiri ke dalam pesawat berkenaan.



"Memandangkan ia sebuah pesawat peribadi, jet itu mempunyai ruang mencukupi untuk bagasi besar tanpa menjejaskan keselesaan di dalam pesawat.

"Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?" soalnya.

"Apa kandungan beg besar itu? Jika ia penuh dengan pakaian, adakah ia begitu berharga sehingga tidak boleh disimpan di ruang bagasi yang sepatutnya?" katanya.

Rafizi, yang telah didakwa oleh perdana menteri dan isteri sebelum ini, berkata, beliau menjangkakan akan diheret lagi ke mahkamah berhubung dakwaan terbarunya.

"Saya akan tunggu saman itu, kita akan bertemu di mahkamah," katanya.

"Dia boleh saman saya, (dia) boleh cakap apa sahaja, tetapi dengan media sosial, itu adalah soalan yang orang ramai akan tanya selepas melihat video ini," katanya.



Sementara itu, mengulas jawapan pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor bahawa isteri perdana menteri “tidak menginap atas awan selama dua bulan”, Rafizi berkata penerbangan pergi-balik dari Subang ke Istanbul akan menelan perbelanjaan RM1.5 juta.

"Dan ini hanya satu perjalanan, bagaimana jika dia pergi 10 kali? Jutaan (ringgit) dibazirkan dalam dua bulan.

"Jika RM86 juta adalah terlalu besar, maka beri kita jumlah (sebenar). Asas kiraan saya adalah RM60,000 dibelanjakan sejam," katanya.

Rafizi pada Rabu lalu mendedahkan Rosmah menggunakan pesawat peribadi ke Istanbul untuk menerima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G bagi pihak program awal kanak-kanak PERMATA.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan video yang memaparkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet peribadi, yang didakwa disewa khas untuk menghadiri satu majlis di Istanbul, Turki.

Dalam video itu, Rafizi mendakwa beberapa petugas sedang mengangkut sejumlah beg yang dicurigai kandungannya ke dalam pesawat.

Pihak Datin Seri Rosmah Mansor telah mengakui secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki. Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.
Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut.
Daripada video ini, saya lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti berikut:
1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?
2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?
3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?
4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?
5. Apa kandungan beg-beg besar ini?
6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?
Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini. Datin Seri Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.
Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.
Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?
Saya akan menunggu jawapan dari Datin Seri Rosmah seperti biasa.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


EmoticonEmoticon