Friday 10 June 2016

[Status Hadis Doa Berbuka Riwayat Muaz bin Zuhrah] Bahagian 2



[Status Hadis Doa Berbuka Riwayat Muaz bin Zuhrah] Bahagian 2

Setelah saya menulis bahawa Muaz adalah perawi yang majhul (tidak dikenali) di sisi ulama maka ada juga yang bertanya:
Bagaimana pula Muaz boleh jadi majhul sedangkan namanya dikenali oleh ulama?
Soalan seperti ini telah saya jangkakan. Perlu diketahui bahawa perawi majhul bukannya perawi yang namanya tidak diketahui. Ini kerana jika namanya tidak diketahui kita namakan dia dengan istilah mubham. Manakala majhul ialah perawi yang namanya diketahui cuma kita tidak tahu taraf kekuatan hafalan dan penjagaannya terhadap hadis. Lihat komentar Abu Hatim al-Razi ketika ditanya oleh anaknya tentang hadiss perawi yang bernama Mughirah bin Jamil:
هذا حديث منكر، ومغيرة مجهول"
Maksudnya: hadis ini munkar dan Mughirah majhul ( tidak dikenali).
Maka jelas di sini mengenal nama semata tidak akan mengeluarkan seseorang perawi dari daerah majhul.
Fahamilah.
Dr Rozaimi Ramle


EmoticonEmoticon