Monday 13 June 2016

Guna Jet Kerajaan: Tiada Isu, Hanya Dakyah Politik, Cabar Report Kepada SPRM




ORANG tanya dan penulis jawab, mudah saja nak selesai isu penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri Perdana Menteri baru-baru ini – kalau ada dimana kesalahan, lapor pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), buat sidang media besar-besar, selesai masalah.

Melalak salah guna kuasa sini, melalak salah guna kuasa sana tapi mana laporannya, apa kesalahannya?

Tapi kenapa tidak dilaporkan, sebab tidak ada kes, apa nak dilaporkan!!  Takkan nak kena tunggu dapat kebenaran Presiden PKR dulu baru nak lapor kot?

Dah memang isteri Perdana Menteri diberi kemudahan itu sejak zaman berzaman.  Penulis yakin isteri bekas Perdana Menteri yang dulu pun lebih banyak guna jet kerajaan termasuk seorang yang suaminya saja jadi Perdana Menteri 22 tahun.

Malah sampai hari ini pun, yang berkenaan dan isterinya masih boleh menikmati kemudahan guna jet kerajaan ini kerana statusnya sebagai bekas Perdana Menteri, apa ada isu? Kalau itu sebab hak, apa beza dengan kes yang ini, hak jugalah.

Takde isu dulu sebab komunikasi bukan macam sekarang.  Tambahan lagi, ada ISA, banyak cakap tengok, campak masuk dalamlah jawabnya.

Jadi isu ini kena faham, mudah sangat, bukan payah pergi belajar di London pun nak fikir.  Simple, kalau tak layak tapi guna juga, dah boleh sangat lapor tu.  Malangnya dah berhari-hari melalak, lapornya tak jugak, maksud takdelah apa kesalahan yang dilakukan.

Cuma nak jadikan isu politik sebab kebetulan sedang berlangsung 2 pilihanraya kecil di Sg Besar dan Kuala Kangsar, jadi perkara ini pun jadilah isu.  Itu saja, politik, tak lebih dan tak kurang.  Tidak ada kepentingan rakyat sama sekali.

Soal membazir dan sebagainya tu merepek, takkan kos perjalanan satu hari, sama nilai dengan boleh beli jet satu lagi?  Bulan puasa pun menipu tak berhenti.

Dalam masa yang sama, penulis harap, dakyah ini akan disusul dengan tindakan undang-undang.  Penipu ini tidak boleh dibiarkan berterusan, kalau tidak jadi macam Mahathirlah, taksub sangat dengan penipuannya sampai apa penjelasan pun dah tak dipandang, cakap dia saja yang betul, pandangan dia saja yang benar.

Memang tugas khas dia ni menipu merata, buktinya, banyak ahli parlimen pembangkang yang ada, kenapa hanya dia saja (menipu).  Memang tugas dia, sebab tu mudah, ambik tindakan, saman kalau boleh sampai tinggal seluar dalam.

Setelah berpuluh tahun merdeka, penulis yakin majoriti rakyat negara kita semakin cerdik, tapi yang tak berapa ni masih ada berbekas-bekas lagi.  Inilah yang nak kena dihadap, sebab tu kena susul dengan tindakan undang-undang.


EmoticonEmoticon