Tuesday 2 May 2017

Wajah kekasih pertama Najib Tun Razak

   

Salah seorang pembaca menghantar sebuah email kepada MiLo SuaM, meminta kami menyiarkan gambar nostalgia Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di masa mudanya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih pertama beliau. Gambar-gambar ini dikatakan diambil daripada sebuah buku lama.

Menurut pengirim email, tujuan beliau berkongsi gambar ini bukan untuk mengaibkan Perdana Menteri, sebaliknya berkongsi nostalgia lama Najib bersama kekasihnya semasa muda. Tambahan pula gambar intim Najib memeluk erat kekasihnya ini bukan dilakukan di dalam bilik, sebaliknya di depan khalayak ramai. Maka pengirim email berkata, ini jelas menunjukkan Najib tidak merasa malu, sebaliknya bangga dengan kekasih pertama yang dicintainya.

Menurut pengirim email berdasarkan kepada penerangan gambar (caption) yang dipetik dari majalah ini, gadis ini tinggal bersama-sama dengan Najib Tun Razak semasa di London. Malah mereka dikatakan sudah berjanji untuk berkahwin.


Berikut sekeping lagi gambar Najib dan wanita yang didakwa kekasih pertamanya. Bagaimanapun, dua keping lagi gambar yang dikirim kepada MiLo SuaM, tidak dapat disiarkan kerana ia lebih bersifat mengaibkan Perdana Menteri. Kami kira dua keping lagi gambar agak keterlaluan jadi tidak dapat disiarkan, harap maaf.


Kata orang "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?", sebuah lagi peribahasa yang sesuai, "kalau dah bapak borek, anaknya rintiklah", begitulah yang boleh digambarkan kepada keluarga Najib Tun Razak. Watak dan gaya hidup Najib di masa muda, ternyata berjaya diturunkan kepada anak lelakinya Nashman.


Rasanya tak perlulah dikenalkan lagi Anak Perdana menteri yang sorang ni. Kalau pembaca nak lihat lagi gambar-gambar lain yang lebih hot, Nashman bersosial bersama gadis-gadis, sila gunakan khidmat lebai google.



ReJaM© "Boleh tahan anak beranak, pandai Najib turunkan bakat kepada anaknya..."


PERHATIAN: Entry ini bukan berniat untuk mengaibkan Perdana Menteri (Tiada gambar aib yang disiarkan), namun kami nak tekankan, kalau kami mahu, lebih dari ini kami boleh siarkan.


EmoticonEmoticon