Wednesday 10 May 2017

Rakyat Malaysia Masih Mampu Membeli Kereta Mewah Walaupun Krisis Ekonomi

Kuasa beli kereta mewah tidak berubah


Kuasa beli kereta mewah tidak berubah Tengku Mazlan (empat,kiri) bersama model terbaru Mercedes Benz E Class, disini.

WALAUPUN banyak pihak membayangkan kelembapan ekonomi berlaku ketika ini, namun kuasa beli pengguna terhadap kenderaan mewah tidak terjejas, kata Ketua Pegawai Operasi, Mofaz Exotic Car Sdn Bhd, Tengku Mazlan Tengku Arif.

Menurutnya, di Kelantan, kuasa beli kereta mewah kebanyakannya dimiliki oleh kaum perempuan, terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan sendiri, sama ada dalam mahupun luar negeri.

“Alhamdulilah, sehingga kini kita mencapai sasaran jualan sejak tahun 2015 lagi dan kami menjangkakan untuk model terbaru Mercedes-Benz E-Class ini turut akan mendapat sambutan sebagaimana model-model sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu majlis memperkenalkan model baru kenderaan mewah tersebut, di sini.

Menurutnya, Mercedes-Benz E-Class model terbaru itu menepati ciri-ciri keinginan sebenar kaum wanita terutamanya dari segi keselamatan, sistem auto-parkir dan pelbagai lagi yang menjadi keperluan pemilik sebuah kenderaan mewah.


Beliau juga memberitahu, kuasa beli golongan muda juga sangat tinggi di negeri ini, terutamanya melibatkan model-model yang ‘sporty’ dan pelbagai aksesori yang menarik minat mereka terhadap jenama tersebut.

“Sekarang ini Mofaz mensasarkan lebih 170 unit penjualan kenderaan melibatkan cawangan-cawangan kami tahun ini, malah kita juga akan mengikut standard sebenar bilik pameran bertaraf teknologi tinggi.

“Walaupun ada pihak yang membayangkan rakyat takut untuk beli kenderaan mewah, namun sebaliknya berlaku, tambahan pula apabila harga yang dikenakan jauh lebih murah daripada kenderaan yang diimport,”katanya.

Tengku Mazlan berkata, pihaknya juga turut menyediakan latihan khusus kepada pegawai-pegawai pemasaran mereka bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik, sama ada sebagai pembeli mahupun sebagai pengguna yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai model-model yang disediakan di sini.


EmoticonEmoticon