Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ VS Nazri Aziz : Peringatan Kepada menteri dan Kerajaan Malaysia!
Terdapat perselisihan pendapat antara kerabat diraja Johor, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dek kerana beberapa isu semasa berbangkit termasuklah disebalik apa yang berlaku sebelum ini melibatkan ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak dalam satu program #NothingToHide.
Sehinggalah Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ tampil memberikan komen dan respon balas mengenai situasi yang berlaku kepada negara hari ini atas dasar tanggungjawab membela rakyat marhaen di belakangnya selama ini.
Walaubagaimanapun, Datuk Seri Nazri Aziz lantas menjawab :
Raja-raja dan keluarga diraja berada di luar daripada undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu.
「Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)… kalau kerajaan 『belasah』 kamu balik, jangan marah..
Nah…daripada Tun Mahathir,Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ terus menekan kerajaan Malaysia supaya berada dalam landasan yang betul untuk mentadbir negara. Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan kenyataan terbaru Tunku Ismail kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan juga kepada kerajaan Malaysia umumnya seperti gambar-gambar di bawah ini :
BACA BERITA INI : Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?
Bangsa Johor? Ooops!
Bagi Berita Semasa, agak dalam mesej yang cuba disampaikan oleh tengku Mahkota Johor TMJ ini. Rasanye sudah banyak kali dia ulang maksud 『akan tiba suatu masa』 dengan pelbagai bentuk ayat dalam masej-mesejnya sebelum ini.
Kepada Datuk Seri Nazri Aziz, please don』t play victim, mungkin anda terlepas pandang.
Apabila kerabat raja Johor contohnya berkata sesuatu yang dia tak suka, terus kata raja tidak patut berpolitik, kalau mahu berpolitik sila gugur kekerabatan etc. etc.
Tetapi anda (Nazri Aziz) jangan lupa, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang terlebih dulu guna nama raja dalam politik. Bukan ke baru berapa minggu lepas PM mencanang yang Sultan Pahang sokong beliau?
Jadi, kalau sokong BN dikira suci dan bukan berpolitik tetapi jikalau menyuarakan sesuatu yang tidak disenangi oleh kerajaan Malaysia, maka jadi campur tangan politik yang tidak adil? Ermmm….
P/S : Nampaknya Datuk Seri Najib Razak perlu berusaha keras untuk mengutip kembali sokongan terutama rakyat Johor
PP/S : Kudus to Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ yang sungguh berani mengeluarkan kenyataan yang hebat ini. Demi rakyat dan Negara, Berita Semasa kagum! Kenyataan yang sungguh classy. Hakikatnya hari ini mereka yang berPHD, tokoh agama, ilmuwan pun tidak berani bersuara lantang seperti ini.
PPP/S : Tidak perlu tunggu sehingga kerabat diraja tegur sekalipun. Apabila ada teguran yang berasas kepada menteri dan kerajaan Malaysia, terimalah dengan hati yang terbuka. Mengapa perlu melatah?
Semak Kenyataan Terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ
EmoticonEmoticon