Tuesday 2 May 2017

Perdana Menteri Tidak Perlu Orang Islam - Peguam



Tidak perlu perdana menteri itu seorang Islam seperti dituntut oleh PAS, kata peguam Syahredzan Johan.

Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak perlu dijaga oleh perdana menteri kerana ia dikawal Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, katanya.

"Kedudukan Islam telah terjamin dalam perlembagaan itu sendiri bawah pelbagai peruntukan" kata peguam hak asasi itu kepada Malay Mail Online.

"Kita tidak perlu syarat perdana menteri itu mesti seorang Islam bagi memastikan Islam terpelihara."

Beliau menyatakan rasa kecewa PAS mahu mencadang pindaan perlembagaan "sedangkan negara ini jelas dibina atas semangat perpaduan dan kebersamaaan".

Ahad lalu, wakil Dewan Ulama PAS dalam muktamar menggesa perdana menteri meminda perlembagaan agar jawatan tersebut disandang oleh orang Islam sahaja.


EmoticonEmoticon