Bunuh bekas tunang: Penganggur ke tali gantung Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi, Muar sebelum mahkamah menetapkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin.
MUAR - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah membunuh bekas tunangnya pada 10 April 2015.
Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan itu terhadap Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian ke atas Nursyafikah Ahmad Ismail, 20.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang sekitar jam 5.40 hingga 5.45 petang.
Tertuduh yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar di Johor Bahru sebelum ini bagaimanapun tenang ketika mendengar keputusan tersebut.
Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pedakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nur Afiqah Hambali.
EmoticonEmoticon