Monday 2 January 2017

Kenaikan Harga Minyak Tak Beri Kesan Kepada Orang Kampung



Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta. - Bung Moktar Radin.

"Minyak petrol naik, pastinya x memudaratkan rakyat, kerana yg ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan, org kg ada x berkereta" Inilah "posting" di dalam ruangan Twitter, yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Bung Mokhtar Radin, selepas pemimpin kebanggaan dan kesayangan UMNO, Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan Diesel sebganyak 20 sen seliter dengan menggunakan istilah penurunan subsidi bahan api berkenaan. 

Gelagat dan cara beliau yang cuba nak mempertahankan tindakan zalim dan kejam bossnya itu amatlah menyedihkan sekali memandangkan kawasan parlimen yang diwakilinya adalah kawasan ceruk luar bandar yang rata-rata rakyatnya adalah hidup dikategorikan sebagai berpendapatan rendah. Memiliki sebuah kereta maupun motosikal bukan lagi kelompok yang berkemampuan tetapi suatu keperluan. Perlu ingat rakyat yang berkereta besar kebanyakannya menggunakan RON97 dan bukan RON95. 




Jadi petrol RON95 adalah diguna oleh kebanyakan rakyat jelata yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kesan kenaikan sebanyak 20 sen seliter sudah pasti dirasai. Jelas sekali betapa mau menjadi pemimpin dalam UMNO tidak perlu cerdik pandai tetapi bijak dan pintar mengampu bos!!!! Tidak puas hati dengan perkara itu, beliau terus dihujani kemarahan, antaranya seorang pengguna Twitter dikenali @ayeemin berkata: "Kereta bukan hanya untuk orang kaya. Hari ini, ia keperluan. Tetapi beristeri dua hanya untuk orang kaya." Bung sebelum ini mendapat liputan meluas selepas mengambil pelakon Zizie Izette sebagai isteri kedua pada 2010.

5 comments

Punya BUDUH punya statement. Bung palui kau ingat minyak naik hanya org kereta besar kena. Harga makan akan naik, barang2 supply ( alat tulis sekolah, barang dapur, baju, sabun segala macam lah) sebab transporter tetap akan naikkan harga sebab kos penghantaran naik. Jadi rata2 semualah naik.fikiran sempit bodoh si Bung ni. Dia ingat mengampu saja mau tunjuk boss nya. Apa kau ingat org Sabah buduh???...kau saja yg budu Bung bangang

harapan saya orng malaysia akan jadi semakin pandai.

Tak ad org yg hidup dlm dunia ni suka apbla trdapt ssuatu HARGA brang itu naik

Kau org buduh bah, sokong orang ini lg


EmoticonEmoticon