Friday, 21 April 2017

Sekali Lagi Tabung Haji Kantoi

Rafizi minta Azeez Rahim jelas tiga perkara

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim diminta untuk memperjelaskan sama ada dana syarikat itu terlibat dalam siri pemindahan wang keluar masuk dari akaun SRC International Sdn Bhd.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, wajar untuk beliau bertanyakan tiga soalan kepada Azeez termasuk perihal membabitkan dana tersebut.  

“Pertama, apa asas-asas pelaburan yang mendorong Tabung Haji untuk menyuntik RM193.5 juta dana pendeposit ke dalam (Putra Perdana Development Sdn Bhd ) PPB dan mengapa syarikat ini yang dipilih sedangkan ia tidak disenaraikan?

“Kedua, adakah pelaburan ini dibentangkan dan diluluskan oleh panel pelaburan serta apa apa pula keputusan laporan risiko pelaburan ini?

“Ketiga, firma manakah yang dilantik untuk melakukan ‘due diligence’( penilaian kewangan terperinci) sebelum Tabung Haji membuat keputusan untuk menyuntik dana sebanyak itu ke dalam PPB?,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Terdahulu, Rafizi mendakwa sejumlah RM140 juta dari SRC telah dipindahkan melalui beberapa buah syarikat ke PPB di mana pada Disember 2014, Tabung Haji telah membeli 30 peratus pegangan di dalam syarikat itu. Sebelum ini juga, Rafizi pernah meminta Lembaga Pengarah Tabung Haji agar menilai semula keputusan pelaburan yang pernah dibuat oleh Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani. Adi Azuan sebelum ini pernah menjadi lembaga pengarah di Theta Edge Berhad yang menyaksikan pelaburan Tabung Haji di dalam syarikat tersebut mengalami kerugian besar.


EmoticonEmoticon