Monday, 17 April 2017

Nasi Lemak Babi Hutan Menjadi Buruan Habis Dalam Masa Beberapa Minit


Nasi Lemak merupakan makanan yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Baru-baru ini, telah tular pula tentang kedai makan yang menyajikan Nasi Lemak Babi Hutan sebagai menu utama. Lokasi kedai itu terletak di Medan Selera Kuchai Lama.



Ramai netizen bukan Islam menyatakan bahawa nasi lemak dan lauk-pauk yang disediakan sedap. Lauk yang paling disukai oleh kebanyakan pelanggan adalah Kari Babi Hutan. Sejak ianya menjadi viral, nasi lemak babi hutan semakin dikenali dan laris dijual.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Hwong Yie Hahn mengatakan, “inilah kuasa media sosial. Dalam masa beberapa minit, Nasi Lemak Babi Hutan telah habis dijual”.






EmoticonEmoticon