Wednesday, 12 April 2017

Gadis Dibunuh Teman Lelaki Selepas Lakukan Hubungan


Lebih malang, suspek turut menyumbat tisu ke dalam kemaluan mangsa. Kisah Sebenar Gadis Mati Disumbat Tisu Pada Kemaluan


Satu lagi kes mengerikan, seorang gadis mati dibunuh dan disumbat tisu di bahagian kemaluan dengan kejam berlaku di Indonesia pada Isnin lalu.


Mayat mangsa dilihat berada atas katil dalam keadaan separuh bogel selepas ibunya Aoh Maesaroh, 40, dan ibu saudaranya dikenali sebagai Nani, 30, menjenguk dari tingkap bilik mangsa selepas panggilan mereka tak disahut manakala pintu bilik dikunci dari dalam, sejak jam 6.30 pagi.

Ketika ditemui Heti didakwa ibunya masih hidup dengan mulut berbuih dan muka bengkak.

Terdapat tisu berdekatan badan dan di kemaluannya, membuatkan mangsa disangka dirogol sebelum dibunuh.

Siasatan kemudiannya mendapati mangsa dibunuh teman lelakinya selepas mereka mengadakan hubungan seks.

Menurut laporan polis, suspek mengaku datang ke rumah Heti Sulastri, 20, di Kampung Leuwikeked Cijulang yang terletak di Daerah Sukabumi, Jabar pada waktu malam tanpa pengetahuan ibu bapanya sebelum mengadakan hubungan intim dengan mangsa.

Bagaimana pun selepas mengadakan hubungan seks suspek menerima satu mesej di telefon bimbit daripada seorang perempuan yang mengajaknya keluar dan secara kebetulan, mesej tersebut dibaca oleh Heti.

Cemburu dengan mesej tersebut, Heti dikatakan bergaduh dengan suspek sebelum dia dicekik sehingga mati apabila suspek panik melihat mangsa tidak dapat menahan diri daripada meninggikan suara.

Suspek kemudiannya menutup muka mangsa menggunakan cadar dan mencuri telefon bimbit serta barangan kemas miliknya agar pihak polis mengesyaki kejadian itu adalah kes rompakan.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Polis akhirnya berjaya menahan suspek yang kemudiannya mengaku pembunuhan itu adalah perbuatannya.


EmoticonEmoticon