Thursday, 13 April 2017

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Seterusnya Buat Majikannya Berubah Fikiran





Kerja pertama aku lepas SPM dulu kat Bonia JPO. Waktu tu JPO baru bukak lagi. Ramai member member cari kerja kat sana.
Nak diceritakan, boss aku dulu seorg Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku mintak izin untuk keluar solat. Tetibe dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu tu. Dah laa ni pengalaman pertama aku bekerja. Tetibe nak mintak solat tak dapat.
Tapi daripada aku viral kan isu kat internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. U lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saje. Jalan 5 min.”
Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ni tak panjang mana. Bagi tau dia solat 5 waktu sehari ni tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah nenen sangat.
Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar mintak solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last last keluar sampai 30-40 min. Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.


EmoticonEmoticon