10 penyanyi terima bayaran persembahan paling tinggi di Malaysia.
Penyanyi Indonesia, Datuk Rossa dan Krisdayanti antara dua artis popular yang meraih bayaran tertinggi untuk persembahan di negara ini. (Gambar: itsrossa910 & krisdayantilemos)
Antara populariti sebuah lagu dan penyanyi memainkan peranan penting dalam karier seorang artis. Jika penyanyi itu serius dalam nyanyian sebagai karier dan 'periuk nasi', sudah tentu dia berusaha mencari populariti dan menempatkan diri di peringkat lebih baik dengan status seorang penyanyi popular.
Bayangkan, penyanyi yang sudah popular mempunyai ramai peminat kerana mempunyai lagu popular yang sering dimainkan di radio dan muncul di televisyen termasuk persembahan pentas meraih pendapatan yang sangat lumayan. Percaya atau tidak, mereka boleh mendapat RM90,000 hanya dalam masa beberapa jam sehari untuk satu persembahan. Ia semua bergantung pada populariti dan permintaan pihak penganjur yang sanggup membayar artis itu dengan jumlah bayaran tinggi.
Sumber memberitahu Rojak Daily Kaw!, ada penyanyi popular meraih pendapatan sangat lumayan kerana sikap penganjur sendiri yang sanggup bayar jumlah sebegitu. Malah, faktor populariti penyanyi itu sendiri mendorongnya berada di satu standard tertentu pada harga tinggi.
Bagi penyanyi, mereka biasanya mengambil tawaran persembahan bergantung pada jumlah lagu yang diminta penganjur. Sebagai contoh, satu lagu dipersembahkan untuk acara seperti majlis perkahwinan atau pelancaran sesuatu produk manakala kebiasaannya tiga lagu untuk satu persembahan pentas termasuk acara makan malam.
Tambah sumber itu lagi, artis yang mempunyai syarikat pengurusan yang menguruskan aktiviti seninya akan mengenakan caj antara 20 sehingga 40 peratus untuk setiap bayaran undangan persembahan yang diterima. Namun, ada artis menguruskan sendiri karier seninya sendiri untuk meraih jumlah bayaran yang lebih banyak.
"Ada syarikat pengurusan hanya mengambil caj untuk aktiviti nyanyian artis itu tidak jika artis itu berlakon. Malah, tindakan artis menguruskan sendiri kariernya sebenarnya tidak profesional dan merosakkan industri hiburan sepertimana artis antarabangsa di luar negara yang mempunyai pengurus melakukan urusan perbincangan sesuatu undangan persembahan yang ditawarkan.
"Wujud situasi bayaran ini dikurangkan atas faktor ia adalah persembahan untuk tujuan kebajikan atau membabitkan acara yang dianjurkan pelajar. Bagaimanapun, ada artis popular yang mahu bayaran lain untuk satu persembahan membabitkan 6 sehingga 7 kru lain seperti jurusolek, juruaudio, pengurus dan perjalanan menggunakan tiket bisnes untuk penerbangan," katanya.
Ujarnya, bayaran harga 'kawan-kawan' atau memberikan diskaun pada sesuatu persembahan hanya berlaku pada bukan artis nama besar atau artis popular. Faktor keadaan ekonomi ketika ini juga tidak memberi masalah pada artis popular yang mempunyai hubungan baik dengan agen atau penganjur yang baisa berurusan dengannya.
Di sebalik isu bayaran paling tinggi diterima seorang penyanyi, apa yang menjadi isu juga adalah peranan stesen televisyen dan radio juga 'dipersalahkan' apabila kerap memainkan hanya sebuah lagu sehingga menjadi popular. Ini berlaku apabila seorang penyanyi itu hanya popular kerana sebuah lagu dan penganjur tetap mahukannya atas faktor popular.
Seperkara yang menarik perhatian penganjur adalah bayaran persembahan akan menjadi lebih mahal jika dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus iaitu andainya, invois dikeluarkan. Sumber itu turut menyatakan jumlah sebenar bayaran sebuah persembahan jarang didedahkan artis pada media dan umum kerana bimbang menjadi sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berikut 10 penyanyi yang menjadi pilihan Rojak Daily Kaw! disenaraikan mempunyai jumlah bayaran tertinggi setakat ini. Bagaimanapun, masih ramai lagi penyanyi tempatan lain yang mendapat bayaran lebih tinggi seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Adibah Noor dan Akim & The Majistret.
1. Datuk Rossa
Penganjur sanggup membayar jumlah tinggi pada Rossa kerana ramai peminat. (Gambar: itsrossa910)
Cukup popular dengan banyak lagu nyanyiannya seperti "Pudar, Hati Yang Kau Sakiti" dan "Ku Menunggu", kehadiran penyanyi Indonesia ini ke negara ini sentiasa dinantikan ramai peminatnya. Biarpun beliau baru saja hadir ke sini atau menyanyikan lagu sama, peminat tetap teruja mahu menontonnya. Lantaran itu, permintaan tinggi peminat terhadap Rossa termasuk populariti yang dikecapinya selama ini menjadi beliau antara artis negara jiran yang meraih pendapatan paling lumayan di negara ini iaitu mencecah RM90,000 untuk satu persembahan.
2. Afgan
Afgan menerima sokongan positif ramai peminat di negara ini.
Jika Rossa mempunyai ramai peminat di negara ini, begitu juga penyanyi muda, Afgansyah Reza atau Afgan dari Indonesia yang mencipta fenomena sama di sini. Afgan yang popular dengan lagu "Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu" dan "Kamu Yang Ku Tunggu" duet bersama Rossa terus menerima sokongan positif peminat di negara ini. Dia pernah beberapa kali ke negara ini membuat persembahan sebelum ini mengadakan konsert Agfan 'Sides' Live in Malaysia 2016 pada 3 September lalu dan mungkin sedikit impak 'aura' Rossa dan kelebihan vokal dimiliki Afgan membuatkan dia juga menerima jumlah bayaran sama seperti rakan artisnya itu.
3. Krisdayanti
Krisdayanti masih popular meskipun disaingi ramai bakat baru. (Gambar: krisdayantilemos)
Sehingga kini, lagu Menghitung Hari yang diterbitkan pada tahun 1998 masih kekal popular sekaligus mengingatkan peminat terhadap kehebatan Krisdayanti. Artis negara jiran ini juga mempunyai ramai peminat di negara ini meskipun disaingi ramai bakat baru. Nyata, populariti pada namanya dan banyak lagu popularnya termasuk "Mencintaimu" dan "Cobalah Untuk Setia" membuatkannya masih berada di tahap popular sehingga boleh meraih jumlah bayaran lumayan sekitar RM80,000 untuk satu persembahan.
4. Search
Kumpulan Search masih bertahan dan kekal popular sejak lebih 3 dekad. (Gambar: star2)
Jika ditanya band rock paling lagenda dalam negara yang masih bertahan sejak 35 tahun sehingga kini, populariti Search pastinya tidak dapat ditandingi mana-mana kumpulan lain. Seperti mana lagu popular mereka, "Gadisku, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Fenomena" dan pelbagai lagu lain, Search masih gah di negara ini termasuk negara jiran, Indonesia. Isu peribadi membabitkan anggota kumpulan itu tidak mematahkan semangat peminat terus menjulang band itu sebagai idola mereka. Jika ada penganjur yang mahukan Search, mungkin bayaran antara RM60,000 untuk satu persembahan tidak menjadi masalah.
5. Anuar Zain
Anuar Zain menjadi penyanyi lelaki yang menerima bayaran paling tertinggi untuk satu persembahan.
Memiliki persona berbeza dengan penyanyi lelaki lain, Anuar Zain menjaga standardnya sebagai penyanyi tanpa terlalu ghairah menghasilkan album baru mahupun mengadakan persembahan secara percuma. Penyanyi berusia 46 tahun ini muncul dengan album terbaru, Anuar Zain pada 19 September lalu selepas 5 tahun tanpa album. Menariknya, selepas popular menerusi lagu seperti "Bila Resah, Lelaki Ini, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta", Anuar terus digilai peminat dengan single, "Andainya Takdir". Aura yang dimiliki Anuar menjadikan persembahannya suatu yang bersifat eksklusif sesuai dengan bayaran yang diterima sebanyak RM45,000 untuk satu persembahan.
6. Datuk Jamal Abdillah
Pesona Jamal sering membuatkan ramai peminat terhibur dengan lagunya. (Gambar: astroawani)
Biarpun beberapa kali kisah hidupnya berdepan dengan sejarah hitam, ia tidak menjejaskan populariti dan kehebatan Jamal sebagai seorang penyanyi popular. Filem Azura dilakonkan Jamal bersama Fauziah Ahmad Daud ditayangkan pada tahun 1984 tetap menjadi pencapaian terbaik dalam kariernya. Peminat tidak terlalu peduli Jamal tanpa lagu baru kerana koleksi lagu-lagu lamanya seperti "Keluhan Perantau, Di Sudut Kamar Hatiku, Sepi Seorang Perindu, Kekasih Awal dan Akhir, Takdir Penentu Segala" dan banyak lagi sudah cukup membuatkan peminatnya bernostalgia dalam persembahannya tidak kira masa dan atas faktor itu, penganjur sanggup membayar antara RM40,000 untuk satu persembahan.
7. Datuk Siti Nurhaliza
Pencapaian anugerah banyak membantu meningkatkan populariti Siti dalam kariernya. (Gambar: pinterest)
Sejak di awal pembabitannya sebagai penyanyi ketika menjuarai program Bintang HMI dan Anugerah Juara Lagu pada tahun 1996, Siti sememangnya diminati ramai peminat dan kehebatan sebagai penyanyi popular nombor satu negara menjadikan persembahannya berada di satu standard dan berprestij. Koleksi lagu yang dimiliki Siti bersama pelbagai anugerah yang dimenangi dalam dan luar negara memberi kelebihan pada Siti untuk meraih perhatian penganjur dalam persembahan. Difahamkan, Siti menerima bayaran antara RM40,000
untuk satu persembahan.
8. Dayang Nurfaizah
Dayang masih bertahan dan terus diterima peminat sehingga kini. (Gambar: extratonton)
Suatu ketika dulu, di awal kariernya penyanyi berusia 35 tahun ini pernah berdepan isu dengan syarikat pengurusannya. Namun, pesona Dayang masih bertahan sejak tahun 1996 sehingga kini, dia masih diminati ramai peminat dan paling penting, kekal relevan untuk bertanding dalam pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu. Populariti Dayang menerusi pencapaian seperti anugerah Lagu Terbaik menerusi "Seandainya Masih Ada Cinta" pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-9 (2001) dan pelbagai anugerah lain meletakkan Dayang masih menjadi pilihan penganjur yang sanggup membayar antara RM30,000 untuk satu persembahan.
9. Datuk Ramli Sarip
Datuk Ramli Sarip masih diminati ramai peminat pelbagai generasi sehingga kini. (Gambar: The Star)
Kehebatan vokal Datuk Ramli Sarip di pentas sentiasa mengundang sorakan gemuruh ramai penonton. Biarpun ramai penyanyi baru yang muncul, keunikkan vokalnya tetap miliknya seorang. Lagu "Kamelia, Teratai, Doa Buat Kekasih, Bukan Kerana Nama" dan banyak lagi menjadi 'masterpiece' terbaik bekas anggota Sweet Charity ini terus bertahan dan menghiburkan ramai peminat. Sesuai dengan pengalaman seni dan keunikkan vokalnya, bayaran antara RM20,000 ditawarkan untuk satu persembahan.
10. Hazami
Populariti Hazami melonjak menerusi lagu tema drama bersiri Korea popular, Winter Sonata. (Gambar: Berita Harian)
Lagu "Sonata Musim Salju" versi bahasa Malaysia merujuk populariti drama Korea, Winter Sonata suatu ketika dulu berjaya melonjak nama Hazami sebagai penyanyi popular. Tuah lagu itu sering membuatkan peminat mahu Hazami menyanyikan lagu tersebut. Meskipun, Hazami turut popular dengan lagu lain seperti "Mungkir Bahagia", dia tetap aktif menyanyi dalam pelbagai undangan persembahan dengan anggaran bayaran sebanyak RM15,000 untuk satu persembahan.

EmoticonEmoticon