Monday 27 March 2017

Saya Tak Faham Sebenarnya Apa Yang Nak Di Bongkar - Jamal Jamban

Jamal Jamban tak faham apa sebenarnya yang dia bongkar
   

JAMAL Jamban, Ketua Umno Sungai Besar, yang seringkali tampil dengan isu-isu bodoh untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada terus meluahkan kemarahan kepada Najib Razak, tampil lagi dengan isu baru yang nampaknya dia sendiri pun tak faham.

Jamal Jamban dan pengikutnya muncul membongkarkan dokumen kononnya bukti penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), di mana dakwanya ADUN Damansara Utama, YB Yeo Bee Yin terlibat menyeleweng, tidak jujur dan pecah amanah terhadap dana tersebut.




Namun empunya diri, Yeo Bee Yin dalam kenyataan di blognya menjelaskan bahawa dokumen yang didedahkan oleh Jamal Jamban itu sebenarnya adalah dokumen bukti ketelusan pihaknya.

Dalam kata lain, Jamal Jamban sebenarnya tak faham pun apa dokumen yang dipegangnya. Dia mendakwa mahu bongkarkan penyelewengan dana YAWAS, sebaliknya dia menunjukkan dokumen bahawa dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah diagihkan dengan betul.

"Saya terima panggilan daripada wartawan semalam bahawa Jamal Yunos telah membuat satu laporan polis terhadap saya berkenaan pengurusan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Ini merupakan tuduhan palsu terhadap saya." tulis Yeo Bee Yin di blognya.

"Saya telah menyaksikan video dan gambar kenyataan media yang dibuatnya semalam. Dokumen yang dipegang di tangannya, adalah dokumen serupa boleh membuktikan bahawa kami telah menghantar segala dokumen-dokumen yang perlu kepada pejabat tanah untuk tujuan semak dan imbang." dakwanya.

"Pada kolum terakhir adalah tarikh dapatan balik dokumen, yang menunjukkan bahawa kami telah mengeluarkan dana dan waris telah menandatangani resit-resit bersama dengan salinan kad pengenalan waris serta si mati juga disertai dengan sijil kematian yang telah dihantar kepada pejabat tanah," tulisnya lagi.

"Dia (Jamal) telah mencabar saya untuk menunjukkan bukti dan menafikan dakwaan. Inilah buktinya, Saya tunjukkan 10 fail-fail dengan dokumen-dokumen sokongan kesemua bayaran SMUE yang telah kami buat," dakwanya lagi.



"Kami terbuka, telus dan tiada apa nak disembunyikan. Kami telah menunjukkan bukan sahaja akaun, malah resit-resit dan kesemua dokumen-dokumen berkaitan tentang bayaran SMUE yang telah kami buat." tegas Yeo Bee Yin.

Baca tulisan lanjut di laman blog beliau — yeobeeyin.com


EmoticonEmoticon