Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membandingkan kadar kenaikan harga minyak negara ini dengan Arab Saudi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan walaupun kenaikan cuma berlaku sekitar 10sen atau 20sen.
“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen, tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.
“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita,” katanya di ibu negara hari ini.
Awal bulan lalu Facebook Najib diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen.
Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau lapor Malaysiakini.
Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya telah dan tidak lakukan iaitu cukai GST [sesen tak mahu dikurangi] dan BR1M [dicukai kembali] bersamaan tidak melakukan apa-apa – kemudian berbangga minta dipuji rakyat yang tertekan hidupnya sedang mereka kekal bermewah-mewah disebalik mengumpul wang membayar hutang ditumpuk-tumpuk sendiri.
Maha Tinggi Allah dan Tertinggilah Ia setinggi-tingginya
Firman Allah: Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – (A-li’Imraan 3:188-189)
EmoticonEmoticon