Apa yang anda mungkin tidak tahu tentang GST?
1/ peniaga atau usahawan tidak boleh beri apa-apa barang/ produk atau perkhidmatan secara percuma bermula 1 April; kerana bagi pihak Kastam, tidak ada apa pun yang percuma atau free. Semuanya ada nilai dan ia perlu dicaj 6% dibayar kepada Kastam. Contohnya jika ada sesiapa nak buat free talk atau free seminar, anda tetap kena bayar 6% GST dan declare berapa nilai seminar tersebut.
2/ GST 6% dah mula kena caj sekarang jika produk atau perkhidmatan yang diberikan nanti adalah diberikan selepas 1 April 2015 nanti.
3/ peniaga atau usahawan yang jualannya melebihi RM500,000 setahun mestilah mendaftar untuk declare GST dan bayar GST yang dikutip kepada pihak kastam.
4/ jangan ambil mudah sebagai peniaga mengenai GST ini. Regardless kita tidak setuju pun, kita kena buat persediaan segera. Rakan-rakan saya ramai peniaga cina telah bersedia sejak 1 tahun yang lepas lagi.
5/ jika anda terima hadiah cabutan bertuah di pasaraya ke apa, anda yang menerima hadiah percuma ini kena bayar GST 6% mengikut nilai TV tersebut.
Pendek kata, pergi cari buku tentang GST dan baca.
Kita kena faham how it works walaupun kita tidak suka GST ini.
EmoticonEmoticon