Thursday, 2 February 2017

Pengikut ajak orang ramai berhimpun sokong Jamal di mahkamah

 

PARA pengikut Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Sungai Besar melalui laman facebook mengajak orang ramai berhimpun di mahkamah bagi menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap 'boss' mereka yang ditahan polis semalam atas tuduhan samun dan rompakan berkumpulan.





Meskipun sudah tersebar video rakaman CCTV menunjukkan perbuatan jenayah samun dan cabul perempuan dilakukan oleh pengikut-pengikut Jamal Jamban, ketika aksi serbuan lokasi yang dikatakan sebagai premis judi haram sebelum ini,

KLIK — CCTV Jamal Yunos dan pengikut lakukan jenayah cabul dan samun

Namun para pengikut Jamal cuba menukar fakta berkenaan tangkapan yang dibuat terhadap boss mereka. Mereka cuba membayangkan bahawa kononnya Jamal Jamban ditangkap polis atas kesalahan menggempur kedai judi di Taman Kosas.

Tindakan ini sekaligus dilihat mahu membuatkan orang ramai percaya kononnya pihak polis bersekongkol dengan pengusaha kedai judi haram untuk menangkap Jamal Jamban yang mengganggu aktiviti haram mereka.



Padahal pihak polis sebelum ini sudah memberitahu bahawa Jamal Jamban ditahan bukan kerana beliau menggempur premis judi.

Sebaliknya beliau ditahan polis sebagai suspek rompakan dan samun berkumpulan di mana kes beliau disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

KLIK — Jamal Yunos dan pengikut ditahan kes samun berkumpulan

Bagi aku pengikut Jamal Jamban nak ajak orang ramai bersolidariti dengan boss mereka, itu adalah hak mereka. Tapi jangan cuba nak tipu orang ramai dengan fakta bohong.

Beritahu saja secara terang bahawa Jamal Jamban ditahan polis kerana menjadi suspek jenayah samun berkumpulan, dan jenayah cabul. Terpulang kepada orang ramai untuk buat penilaian.


EmoticonEmoticon