TINDAKAN pihak Polis menangkap Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos didakwa terlibat dalam jenayah samun berkumpulan menimbulkan tanda tanya, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikutnya ketika kononnya membuat serbuan terhadap premis judi pada 29 Disember tahun lalu.
BACA — Jamal dan pengikut ditahan polis terlibat samun berkumpulan
Jamal Jamban ketika ditahan polis petang tadi cuba membayangkan kononnya pihak polis bersekongkol dengan tauke premis judi untuk menangkapnya.
"Premis judi masih beroperasi, kita pula yang ditangkap," keluh Jamal Jamban ketika dibawa masuk ke dalam kereta polis petang tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang.
Tentu anda masih ingat sebelum ini bagaimana Jamal Jamban bersama berpuluh-puluh pengikutnya dilapor menyerbu tempat yang dikatakan premis judi di Ampang Selangor.
Jamal hadir membawa plakad gambar MB Selangor, Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
Namun bukti rakaman CCTV menunjukkan, bukan sahaja jenayah samun berkumpulan dilakukan oleh Jamal Jamban dan pengikut-pengikutnya, malah ada bukti rakaman CCTV bagaimana pengikut Jamal Jamban turut melakukan jenayah cabul terhadap seorang wanita dalam premis tersebut.
Sila lihat rakaman video berikut, lihat bagaimana pengikut Jamal Jamban telah bertindak mencabul salah seorang wanita dalam premis. Salah seorang pengikut Jamal turut membawa plakad gambar MB Selangor dalam kejadian itu.
Rakaman CCTV di bawah pula bagaimana pengikut Jamal melakukan jenayah samun terhadap pengunjung premis tersebut. Dalam video kelihatan salah seorang pengunjung lelaki dipaksa atau diugut oleh pengikut Jamal Jamban untuk menyerahkan barang berharga.
2 comments
MANA AWANG YUSOF POLIS TURUT CARI SAMA AWANG YUSOF KERANA BERSEKONGKOL DENGAN JAMAL YUNOS BUAT JENAYAH AWANG YUSOF SELALU BERI SOKONGAN KEPADA JAMAL AGAR MENERUSKAN BUAT JAHAT POLIS KENA PANGGIL JUGA AWANG YUSOF YANG TAHU BANYAK PASAL JAMAL
MANA AWANG YUSOF POLIS TURUT CARI SAMA AWANG YUSOF KERANA BERSEKONGKOL DENGAN JAMAL YUNOS BUAT JENAYAH AWANG YUSOF SELALU BERI SOKONGAN KEPADA JAMAL AGAR MENERUSKAN BUAT JAHAT POLIS KENA PANGGIL JUGA AWANG YUSOF YANG TAHU BANYAK PASAL JAMAL
EmoticonEmoticon