Biarpun terpaksa menaiki bot, mengharung sungai dan melalui jalan terputus hubungan, namun Perdana Menteri Seri Najib Tun Razak tetap kental menghadapinya demi melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pekan, lapor Bernama.
Bot yang dinaiki Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansur
Sebaik tiba di Jambatan Sungai Kinchir pada pukul 3 petang ini, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bot jenis amphibious melalui Jalan Salong yang ditenggelami air sedalam satu meter sebelum 'dijemput' dengan bas sekolah untuk ke PPS Sekolah Kebangsaan Kinchir, Paloh Hinai.
Rosmah rela naik bas sekolah biasa-biasa
Najib dan Rosmah kemudiannya bertanya khabar dan berkongsi cerita dengan warga emas yang ditempatkan di pusat pemindahan itu yang menjadi 'rumah sementara' kepada 53 mangsa daripada 15 keluarga dari sekitar Kampung Salong.
Selesai lawatan di situ, Najib dan isteri kemudiannya menaiki bot penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang meredah arus Sungai Pahang sejauh 20 kilometer yang memakan masa lebih 45 minit untuk ke PPS Tanjung Lepar.
PPS itu menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga.
Selain bertanya khabar, Najib dan Rosmah turut sama menikmati ubi kayu dan keledek rebus serta pengat pisang yang menjadi juadah minum petang penghuni PPS itu.
Kesungguhan Najib amat menyentuh perasaan penduduk Pekan.
Kesungguhan Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan untuk bersama-sama mangsa banjir sangat amat menyentuh perasaan penduduk Pekan dan amat menghargainya.
"Biar guruh berdentum di langit.. biar hujan lebat mencurah ke bumi.. biar meredah onak berliku.. namun digagahi jua untuk bersama-sama dengan rakyat" - Rizal Mansor, Pegawai Khas Kepada Rosmah Mansur.
Sementara itu tinjauan kami di laman sosial mendapati ;
Netizens juga berasa terharu dan amat menyentuh perasaan kerana kerajaan Najib menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen pada semalam.
Kah Kah Kah
Wartawan Bernama yang tulis berita tu, apa agaknya perasaannya ketika menulis berita sebegini?
Kah Kah Kah
EmoticonEmoticon