Wednesday, 1 February 2017

Harga Minyak Naik, BN Tak Pernah Janji Turunkan Harga Minyak

Banayak blog dan media sosial BN mainkan isu ini, kononnya Barisan Nasional tak pernah janji nak turunkan harga minyak bila memenangi pilihanraya. hakikatnya.. hmmm


MINYAK NAIK: APA SEBAB NAK MARAH NAJIB, ADA BN JANJI MINYAK TURUN KE?

PETANG semalam penulis berkunjung ke sebuah pasar malam bagi membeli barang keperluan.  Nasib tak baik terserempak pulak dengan jiran yang penulis tahu memang totok pembangkang.  Tak bagi salam, terus saja penulis disindir begini, “Tula kau, undi lagi Najib, kan minyak dah naik”.

Nasib baik penulis memang terlatih untuk bersoal jawab dalam hal ini, terus saja penulis ajukan soalan, “Bila yang Najib janji minyak turun?”  Langsung jiran tadi ambil sayur yang dia baru beli dan beredar dari situ.

Secepat ia bermula, secepat itu jugalah ia berakhir.

Walaupun ringkas, tapi inilah hakikat yang ramai dari kita terlupa – sesiapa yang mengundi BN dalam PRU13 yang lepas, memang sedia maklum bahawa BN pada bila-bila masa tidak pernah berjanji akan menurunkan harga minyak atau berjanji semua harga barang akan murah sepanjang masa.

Justeru, tidak timbul langsung persoalan BN menipu sesiapa atau mengundi BN menyebabkan harga minyak naik kerana BN memang sudah jelas dari mula, tidak pernah janji untuk tidak naikkan harga minyak selepas PRU13.

Penulis sendiri sebagai penyokong BN tidak pernah rasa tertipu pun atau rasa buat kesilapan seperti yang didakwa pembangkang.  Sebab penulis tahu perkara tersebut tidak pernah dijanjikan BN dan ini kita sudah tahu dari mula.

Yang banyak bising-bising sekarang ni, keliru antara janji yang dibuat pembangkang dan BN.  Kebodohan jenis macam mana ni, minta BN laksanakan apa janji yang pembangkang buat?

Mungkin masih terlalu awal, tapi setakat ini penulis tidak lihat ada sesiapa yang terkesan dari kenaikan harga minyak yang berlaku.  Stesen minyak dan jumlah kenderaan di atas jalan masih macam biasa, tidak ada perubahan langsung.

Yang pecut kereta macam orang gila pun masih ramai atas lebuhraya – penulis tahulah sebab penulis guna lebuhraya untuk pergi balik tempat kerja hari-hari.

Semua ini secara tidak langsung menyanggah dengan sendiri dakwaan pembangkang bahawa kenaikan ini menjejaskan rakyat.  Tak payah Najib bukak mulut pun semua orang yang ada mata dan tidak buta, boleh melihat hakikat sebenar yang berlaku – bertentangan sangat dengan apa yang pembangkang gebang.

Dalam masa sama, penyokong pembangkang pun nampaknya kecewa sangat kerana pemimpin mereka tidak begitu bersungguh untuk mengambil kesempatan atas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan tempoh hari.

Anwar Ibrahim sebagai contoh, entah kenapa tidak banyak sangat bercakap tentang kenaikan minyak ini.  Walhal inilah modal terbesar dia sebelum PRU13 yang dulu, “Pakatan menang 5hb (Mei), minyak turun 7hb”.  Berapa banyak turun, berapa lama turun, dia tak cakaplah, gila ke nak cakap, nanti banyak pulak soal jawab.

Anwar mana tahu jawab, dia hanya tahu soal itu dan ini.

Tapi untuk kita semua, fahamkan yang ini, tidak ada sebab untuk marah BN atau Najib sebab kita memang tidak pernah tipu rakyat dengan gula-gula minyak turun.  Semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan negara dan harga pasaran semasa.  Kalau minyak turun mendadak, kerajaan berkemungkinan besar akan ikut turunkan juga.

Nak kata mustahil pun tak boleh, sebab ia (harga minyak turun) pernah berlaku dulu dan tidak mustahil berlaku lagi dimasa hadapan


EmoticonEmoticon