Friday, 17 February 2017

Berniaga Di Istanbul Buat Lelaki Ini Faham Kenapa Mat Bangla Boleh Berjaya Di Malaysia



Cerita pertama.


Setiap kali aku balik bercuti ke Malaysia aku suka tengok gelagat-gelagat perantau (warga asing) yang sanggup merantau beribu batu ke Malaysia semata-mata mencari rezeki.

Gambar pertama, aku jumpa mamat ni di Kenanga Mall. Nama dia Tangim. Sebelum aku jumpa Tangim aku sedang berurusan dengan seorang pekerja Bangladesh. Aku nak beli baju borong untuk baju rasmi AkuDanIstanbul.

Kemudian pekerja Bangladesh ni suruh aku tunggu sebentar. Dia nak panggil bos dia jumpa aku. Agak lama aku menunggu saja lah aku tanya bos dia tu Chinese ke? Dia geleng, aku teka lagi, Melayu ke ? Die geleng lagi. Kemudian dia tersenyum dan jawab, orang Bangladesh!

Terkesima aku seketika, orang Bangladesh yang selalu aku tengok menapak berjalan kaki pergi kerja kilang tetapi sekarang ada yang dah mampu menyewa kedai di Kenangan Mall.

Yang lebih menarik lagi Tangim ni baru berusia 23 tahun dan baru sahaja berhijrah ke Malaysia sekitar 2 tahun.

Dalam masa 2 tahun sudah boleh buka kedai sendiri dan ada pekerja sendiri di negara orang adalah sesuatu yang sangat menginspirasikan. Hanya orang merantau tahu perit jerih hidup di negara orang.

Cerita kedua.


Gambar kedua aku rakam ketika aku berkelah dengan isteri & anak2 di tempat mandi KLCC. Betapa mudahnya orang bangladesh mencari duit dalam tempoh kurang 30min.

Seperti yang ada dalam gambar kelihatan seorang lelaki bangladesh membawa kotak. Kotak tersebut adalah kotak air mineral.

Cuaca Malaysia yang sememangnya panas telah membuka pintu rezeki kepada beliau apabila setiap kali beliau membawa sekotak air mineral untuk dijual dan air mineral tersebut terjual laku keras dalam masa beberapa minit sahaja.

Bayangkan berapa kotak air mineral berjaya dijual ketika waktu kemuncak ? Ada tak orang kita yang sanggup buat begitu?

Baca: Bangla Buat Duit Beribu Ringgit Dari Pelaburan Hartanah. Ini Kisah Benar Yang Sangat Mengagumkan

Cerita ketiga.


Gambar ke 3 & ke 4 suasana kedai-kedai jahit di Pantai Dalam. Kebanyakkan pekerja tukang jahitnya adalah lelaki Bangladesh.

Tahukah anda, jika kita bekerja dalam bidang yang melibatkan kemahiran, jika kita sudah menguasai sesuatu kemahiran itu, kemungkinan besar untuk kita membuka perniagaan sendiri adalah sangat besar?

Di manakah tukang-tukang jahit Bangladesh ini lagi 2 atau 3 tahun akan datang?

Cerita keempat.

SUMBER GAMBAR: CINTA ITU MISTERI

Tak sempat ambil gambar. Di kawasan tempat tinggal ibu bapa aku di Jalan Kebun Klang, setiap pagi & petang kelihatan orang Bangladesh menunggang basikal sambil membawa mesin potong rumput.

Yang sudah stabil menaiki motosikal. Ada antara mereka yang bekerja sendiri. Agak-agak berapa pendapatan mereka jika sehari minimum 3 biji rumah mahukan servis mereka?

Itu belum masuk lagi jika kilang-kilang di sekitar Kota Kemuning mahukan servis potong rumput mereka!

Maaflah jika kali ini agak panjang. Dahulu aku tak suka bila tengok ramai warga asing di Malaysia. Tetapi selepas 2 tahun duduk di Istanbul, yang mempunyai kepadatan penduduk 20 juta orang (seluruh urki 87 juta orang), satu kesimpulan yang aku boleh nampak, orang merantau tidak akan sama cara pandangnya dengan orang tempatan.

Baca Kisah Seorang Warganegara Bangladesh Yang Hidup Di Malaysia Selama 10 Tahun.


EmoticonEmoticon