KALAU pun permohonan untuk bertugas di semenanjung tidak boleh diluluskan, sediakanlah kemudahan asas untuk suami, pinta isteri salah seorang guru yang bertugas di pedalaman Sabah yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.
Rintihan itu diluahkan oleh Eisyira Rahim, melalui laman facebook selepas mendapat izin suaminya. Mereka terpaksa berjauhan sementara si suami mengharungi cabaran berat bertugas sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sibangali, di Nabawan Sabah.
Sekolah yang terletak di dalam hutan, tiada coverage (liputan) telefon bimbit, malah telefon tetap sekolah juga sudah tidak berfungsi.
Capaian internet berkelajuan rendah sebelum ini dijadikan medium komunikasi bagi melepaskan rindu suami isteri juga sudah rosak, sampai sekarang tidak diperbaiki sejak hujung tahun lalu.
Bayangkanlah, perjalanan ke SK Sibangali dari Kota Kinabalu Sabah, memakan masa selama 9 jam. Empat jam perjalanan dari Kota Kinabalu ke PPD Nabawan, 3 jam perjalanan pacuan 4 roda merentasi hutan, dan 2 jam perjalanan menaiki bot.
Justeru sistem komunikasi sangat penting untuk menghubungkan para guru dengan dunia luar. Terutama antara pasangan suami isteri. Perkara ini jelas sekali mendera mental dan emosi mereka.
Lebih menyedihkan, bekalan elektrik sekolah berkenaan yang menggunakan tenaga solar juga sudah tidak berfungsi sejak bulan Mac tahun lalu.
Guru-guru terpaksa berkongsi duit membeli 'gen set' untuk diwakafkan bagi kegunaan sekolah dan penduduk kampung sekeliling. Namun kini 'gen set' tersebut pun sudah tidak lagi berfungsi.
Hari ini, di tahun 2017 segala kemudahan asas elektrik, solar, internet semuanya sudah tiada lagi, malah mereka terpaksa menadah hujan atau turun ke sungai untuk mendapatkan air, akibat bekalan paip air pun sudah dipotong.
Perkara ini sudah dibangkitkan kepada pihak atasan, namun jawapan yang diterima sangat mengecewakan — TIADA PERUNTUKAN.
Sumber — Eisyira Rahim
Cukai GST hari-hari dikutip, hari-hari menjadi beban kepada rakyat, namun bila guru minta kemudahan asas jawapan yang diberikan tiada peruntukan?
Sepatutnya makin ada cukai baru GST hidup rakyat makin terbela, guru-guru di pedalaman Sabah boleh 'upgrade' dari internet kelajuan rendah kepada berkelajuan tinggi untuk berhubung suami isteri melepas rindu.
Tapi nampaknya makin ada cukai makin sengsara kehidupan guru-guru di sana. Mana pergi berbillion-billion hasil kutipan GST?
Read more: MiloSuam
EmoticonEmoticon