JAMAL berjanji akan membawa Selangor setanding dengan JDT sekiranya dilantik menjadi Presiden FAS.
KELANA JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berjanji akan membawa Selangor setanding dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekiranya dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Advertisement
Jamal yang hadir bersama penyokongnya di pejabat FAS di sini sebentar tadi mengesahkan sudah menyerahkan surat menawarkan diri untuk menjadi Presiden FAS. "Hari ini saya bersama rakan-rakan telah pun menghantar surat niat saya untuk menjadi Presiden FAS," kata Jamal dalam sidang media di hadapan ibu pejabat FAS.
"Hasrat kami untuk meletakkan diri sebagai Presiden FAS adalah bagi membantu kelab bola sepak Selangor setanding dengan kelab-kelab lain terutama JDT." Jamal turut berjanji akan menyelesaikan apa saja masalah dihadapi FAS termasuk tunggakan gaji pemain dan jurulatih. "Dana adalah isu nombor dua, jika dilantik hari ini semalam saya selesaikan," kata Jamal ketika ditanya berkenaan masalah tunggakan gaji berkenaan.
Salam sejahtera,
Sidang media Dato Sri Jamal Md Yunos selepas menghantar surat menawarkan diri untuk menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 10 Januari 2017 (Selasa)
Jam: 11.00 Pagi
Tempat: *PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS)*
Tingkat 1-28, Yayasan FAS Business Avenue, SS7 Jalan Perbandaran, 47301 Kelana Jaya, Selangor.
Contact Person: 0193966445 - Durrany
Terima Kasih
EmoticonEmoticon