SEORANG pengguna Facebook memberi peringatan kepada orang ramai khususnya golongan wanita yang menggunakan pengangkutan awam supaya lebih berhati-hati berikutan insiden hitam yang menimpanya selepas mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang lelaki.
Menerusi kemaskini di laman Facebooknya, mangsa, Syima Mohamad mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan warganegaranya ketika beliau menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam perjalanan dari stesen Universiti menuju ke Bangsar di ibu negara, pada Selasa lalu.
Dalam keadaan LRT yang penuh sesak, Syima mendakwa lelaki ‘gila seks’ yang berkaca mata itu bertindak mencabulnya dengan menggosok kemaluan pada badannya.
“Wanita, tolong lebih berwaspada dan cuba jauhi lelaki ini. Hari ini (Selasa) dia memakai baju bewarna kelabu dan berkaca mata. Cuba ingat wajahnya.
“Dia cuba melakukan gangguan seksual terhadap saya dalam LRT Putra hari ini dengan menggosok kemaluannya pada saya. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat muka lelaki ini. Dia berhenti di stesen (LRT) Bangsar,” tulis Syima dalam entrinya, 8 November lalu.
Status yang dimuat naik Syima sehingga hari ini mendapat perkongsian lebih 3,752 dan 3,100 ‘like’ daripada pengguna Facebook.
Syima turut memuat naik dua keping foto suspek yang sempat dirakam olehnya ketika insiden berlaku, yang mana memaparkan keadaan di dalam tren kelihatan begitu padat dengan orang ramai.
Terkejut dengan perbuatan jijik lelaki terbabit, Syima dengan kuat menjeri ke arah suspek sambil memberi peringatan kepada pengguna wanita lain supaya berhati-hati dan tidak berada dekat dengan suspek.
Bagaimanapun, apa yang lebih mengecewakan Syima, jeritannya itu tidak diendahkan oleh penumpang lain apabila dia mendakwa tiada siapa yang datang membantunya.
"Tapi sedih...tiada seorang manusia pun yang membantu, biar betul?
“Sesetengah orang mungkin fikir saya ‘meroyan’, tetapi dengar ini, saya tidak berasa malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini
“Saya, dari sudut lain berasa bangga kerana saya tidak berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah dan harga diri saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi,” tegasnya.
Oleh hal itu, Syima menyeru semua pihak khususnya golongan wanita supaya tidak berdiam diri jika berdepan dengan insiden gangguan seksual.
“Ia adalah satu kesalahan. Tolong, ambil tindakan dan lindungi diri kamu. Gangguan seksual bukan perkara yang boleh diketawakan,” katanya.
Deep breath
I feel that I need to speak up about my horrible experience today morning
Ladies...please please be extra cautious and try your best to stand AWAAAYYY from this guy. Today he's in grey shirt with glasses on. Try to memorize his face please. This is the best picture that I could get as the Putra LRT was so packed and this setan was trying to hide his setan-face away from me. Coward.
Here goes..
He tried to sexually assaulted me on Putra LRT today by rubbing his *^%&^ up against me....on the freakin LRT! Astagfirullah...
Not sure where he came from but the incident happened at Universiti station and his stop was Bangsar station.
Deep breath again....
Ok on the bright side pulak
I know you know that he is nothing more than a coward
And I know a burst of mace to his face would have been good, but sadly I don’t carry one at the time. So hang memang nasib baik setan
But I'm so so proud of myself.
Because I have shouted and screamed right to his face.
I even yelled out loud to all the ladies in the LRT to be careful and avoid standing close to him.
Tho no one came forward to help but I kept on shouting to alert everyone..
But....sigh...not a single soul to help, really?
Some people might think that I was meroyan judging by the whole fiasco, but hear this, I'M NOT ASHAMED. THE SETAN PERVERTS WHO SHOULD FEEL ASHAMED!
I, on the other hand are so full of pride that I did not just stood there….and do nothing
I fought for my dignity and self-worth.
I defended myself when no one else could.
So please, remember this:
Sexual assault is a violation - both physically and emotionally. It hurts on all levels. Take action and protect yourself, please.
Sexual. Harassment. Is. No. Laughing. Matter.
Be. Extra. Cautious
There, i said it...puas hati sikit
Jom sambung keja.
Till we meet again, setan
1 comments so far
Org mcm ni elok diketuk kepala.. biar dia sendiri yg malu. Ketuk sampai sekuat mana.
EmoticonEmoticon