PERLIS - Susulan banyak pihak yang mengkritik kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Syed Atif tampil mempertahankan beliau.
"Apa yang perlu difahami, wakil rakyat dipilih oleh rakyat di sesebuah kawasan sebagai wakil mereka dalam kerajaan dan kerajaan membayar gaji mereka. Argumen bahawa duit kerajaan adalah duit rakyat, semata-mata bersandarkan kepada sumber kewangan kerajaan yang sebahagiannya datang dari bayaran cukai dan kutipan wang dari rakyat.
"Jika argumen seperti ini dijadikan pegangan, bermakna wang kutipan jualan oleh peniaga-peniaga runcit di pasar, supermarket dan kedai tayar juga merupakan duit rakyat kerana wang tersebut dikutip dari poket rakyat. Mengapa rakyat tidak pernah memandai-mandai atau cuba menuntut saham dalam perniagaan mereka ini?" katanya.
Jelas Ketua Pemuda UMNO Perlis itu lagi, rakyat membayar wang kepada para peniaga runcit dan mendapatkan barangan. Di sisi lain, rakyat membayar wang kepada kerajaan dan memperolehi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sebagai imbalan.
"Ini kerangka asas ekonomi dan kenegaraan yang sedia difahami oleh rakyat terbanyak, kecuali sekelompok rakyat yang sengaja cuba mencipta kekeliruan.
"Hakikatnya wang kerajaan sama sekali bukan wang rakyat. Tiada satu sen pun wang kerajaan boleh dibelanjakan sekalipun 30 juta rakyat Malaysia menurunkan tandatangan bersetuju membelanjakannya," katanya
4 comments
When u give power to ignorant people. This is what happens.
Wang rakyat merujuk kepada hak rakyat secara majoriti. Kerajaan cumalah entiti yang menguruskan pembendaharaan rakyat. Dan sepatutnya melaksanakan amanah dengan adil dan saksama. Bukan makan gaji buta. Kalau nak kaya dan berseronok pergi lah masuk reality show jadi artis.. bikin rosak negara saja.
Mana punya belajar nie... Peniaga jual beli... Kerajaan menguruskan rakyat... Dalam Islam pun banyak kisah pemimpin Cara mereka menguruskan duit rakyat... Tak sudah sudah nak bodohkan Kami...
Alahai bengapnya .. sama je konsepnya.. kita beli brg kt kedai untuk dptkan brg tsebut dlm erti kata lain jual beli.. buat apa nk pegi tuntut kt kedai sedangkan kita dh dpt brg tu.. ni bayar cukai smua kejadah tu untuk apa.. untuk uruskan hal2 kerajaan.. ade ke bayar gst,cukai trus dpt iphone.. dh la berhenti la jd org politik..buat malu je
EmoticonEmoticon