Susah ke nak bersifat jujur? Mungkin susah bila dah dikaburi dengan duit. Siapa yang taknak duit apatah lagi duit yang dah sedia ada depan mata kan.
Satu ekperimen sosial telah dilakukan di Kuala Lumpur untuk mengetahui tahap kejujuran rakyat Malaysia. Seorang lelaki yang sengaja menjatuhkan duitnya semasa menjawab telefon untuk melihat berapa ramai orang yang akan memulangkan semula duitnya.
Ramai yang bertindak memulangkannya semula tapi tak kurang juga ramai yang mengambil duit tersebut dan berlalu pergi. Tetapi apa yang menyentuh hati melihat video ini apabila orang yang kurang upaya pun bersifat jujur dan memulangkan semula duit walaupun dia bisu.
Jika anda lihat video ini hingga habis, lelaki ini sengaja menjatuhkan duitnya di depan peminta sedekah yang terang-terangan lebih memerluan duit. Tapi, apa yang dia lakukan? Dia bangun dan memanggil lelaki tersebut serta memulangkan kembali duitnya.
Tanya pada diri anda, sejauh mana anda mampu bersifat jujur.
EmoticonEmoticon