Sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bergabung membentuk satu kumpulan yang dinamakan sebagai ‘keyboard warriors’.
Kumpulan tersebut akan berfungsi bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan di media sosial.
Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kumpulan yang baru dibentuk itu akan menyebarkan perkara-perkara yang `benar, positif dan tepat’ tentang kerajaan, terutamanya berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“10 NGO ini sepakat untuk beri dokongan kepada Perdana Menteri, dan bergabung dengan nama ‘Keyboard Warriors’ untuk beri jawapan kepada isu-isu semasa.
“Kelihatan aspek ini yang kurang di media sosial. Maka saya hargai mereka yang datang secara sukarela untuk membantu Biro IT UMNO,” katanya.
Beliau juga menegaskan `Keyboard Warriors’ bergerak secara sukarela dan tidak menerima sebarang bayaran daripada mana-mana pihak.
Antara NGO yang terlibat adalah Persatuan Jurutera Melayu Profesional, Mawadah Wanita Malaysia (Mawar), Alumni Kelab Umno Luar Negara dan Persatuan Perunding NGO Malaysia.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, kumpulan itu akan berpegang kepada prinsip tertentu dalam operasi mereka.
“Nasihat saya (kepada kumpulan itu): kita adalah penyebar positif, bukan fitnah. Itu perkara penting saya, selaku (pengerusi) Biro IT.
“Saya tak kata pembangkang secara terus sebar fitnah, tetapi inilah falsafah Biro IT UMNO. “Seperi kata-kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Jailani Johari, ‘apa yang salah di alam nyata, salah di alam maya,” ujarnya.
Ahmad turut memberitahu pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak lain bagi menubuhkan lebih banyak kumpulan seumpama itu lapor Sumber
EmoticonEmoticon