Sunday, 9 April 2017

Kerajaan Kaji Warga Emas Terus Bekerja Selepas Umur 60 Tahun

Keinginan Rakyat Malaysia untuk terus bekerja mungkin kerana tidak mempunyai wang cukup untuk persaraan ditambah beban hutang dan cukai GST serta kenaikan harga barang maka mereka perlu terus bekerja diusia tua.


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bagaimanapun kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan had umur persaraan buat masa ini.

“Kita menerima banyak maklum balas berkata (tingkat umur persaraan kepada 65. Tapi bukan semua yang mencapai 60 tahun ingin terus bekerja. Sesetengah mahu bersara.

“Kita cuba layan kehendak macam ini. Kalau mahu bekerja, teruskan bekerja,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (Makpem) 2017 yang bertemakan “Social Protection  and  Sustainable Development – Empowering Older Persons” di sini, Sabtu.


Katanya kerajaan juga sentiasa membincang dengan pihak berkepentingan bagi memperkenalkan dasar dan program bagi mewujudkan ekosistem yang mengalak penuaan aktif warga emas di negara ini.

Ini selaras dengan unjuran bahawa Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, di mana 15.3 peratus daripada penduduk adalah warga tua.


EmoticonEmoticon