Saturday, 4 March 2017

Tun Mahathir Berjaya Membuktikan Bahawa Najib Razak Berbohong

Perdana Menteri PEMBOHONG



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap bohong tanpa segan silu dihadapan orang ramai.

Ini bukan kali pertama Najib berbohong untuk mengelirukan rakyat tetapi isu hak milik tanah di Forest City Johor adalah antara pembohongan besar yang melibatkan isu kedaulatan negara.
“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.
“Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” katanya semasa berucap merasmikan program “Jom Bantu Rakyat” di Desa Pandan di sini hari ini. - FreeMalaysiaToday

Dalam laporan yang disiarkan pada 20hb Januari yang lalu Najib berkata dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Forest City adalah fitnah.

Di bawah adalah bukti yang disahihkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Forest City pagi tadi.


Siapa sebenarnya yang bercakap bohong dan berusaha memperdaya rakyat Malaysia, khususnya orang Johor, akan kedudukan sebenar pembangunan Forest City dan penglibatan pihak berkepentingan?

Penjualan terus kawasan pesisiran laut yang ditambak menerusi hak milik kekal kepada warga asing bukan isu kedaulatan negara? Rakyat wajar berfikir secara serius dan jangan hanya berharap kepada pagar yang sudah makan padi.

Setelah diberi hak milik kekal, Najib Razak telah meluluskan Forest City sebagai kawasan bebas cukai. Siapa yang bakal memperolehi manfaat dari status bebas cukai kawasan yang dimiliki orang asing?


Rakyat wajar berfikir tanpa dikaburi sentimen bangsa, negeri atau perkauman. Jangan takut menegak kebenaran.

Pembohongan demi pembohongan yang di ulang tayang demi untuk menegak kebatilan tidak mungkin akan berjaya. Rakyat harus berfikir berdasarkan fakta agar nasi tidak menjadi bubur dan kita menyesal dikemudian hari.

Yang sanggup berkomplot menukar status bumiputera kepada bukan bumiputera pun bukan orang lain.

Maklumat selanjut berkenaan Forest City di-SINI. Mungkin Datuk Seri Khaled Nordin boleh keluar dari kepompong menjelaskan isu ini jika peranan beliau bukan sekadar budak suruhan.

Ancaman terhadap kedaulatan dan hak negara tidak terbatas kepada projek mega negara China di Forest City Johor.

Kerajaan negeri Melaka dibawah pimpinan Datuk Seri Idris Haron juga, berdasarkan bukti hitam putih, telah memberikan hak milik kekal untuk kawasan pesisir pantai seluas 609 ekar yang ditambak.

Idris Haron masih belum menjelaskan bagaimana kawasan pesisir pantai kita boleh diserah kepada pihak lain dengan hak mutlak milik kekal, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pegangan orang asing.

Mungkin Idris Haron masih sibuk berhadapan siasatan SPRM di bumi Hang Tuah tetapi isu pemberian hak milik kekal untuk kawasan pantai yang ditambak ini harus diperjelaskan secepat mungkin. Ini soal kedaulatan negara, bukan soal cantas mencantas dalam parti jualan langsung.

 p/s

Banyak juga duit yang masuk kedalam akaun bank peribadi pemimpin dan anak-anak mereka di Johor dan Melaka ni. Negeri lain macam mana?

Sumber : Apanama


EmoticonEmoticon