JIKA anda perasaan, di dalam kain rentang (banner) dikibarkan di atas kapal Nautical Aliya, yang menjalankan misi "Food Flotilla for Myanmar" terdapat kesan logo yang telah dipadam.
Perkara ini dikatakan turut menjadi persoalan di kalangan mereka yang berada di atas kapal, mengikuti pelayaran misi menghantar bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya yang dizalimi di Myanmar.
Logo itu asalnya adalah milik Turkiye Diyanet Vakfi, sebuah NGO daripada Turki. NGO ini dilaporkan sepatutnya menjadi penganjur utama misi bantuan ini, namun telah menarik diri kerana tidak berpuas hati apabila misi itu 'dirampas' oleh Umno.
Susulan itu, Malaysia Dateline melaporkan NGO tersebut telah menuntut kembali wang mereka sebanyak hampir USD500,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang disumbangkan.
Memetik sumber dari atas kapal Nautical Aliya,
"Semua NGO dan peserta yang ada di atas kapal ini hairan, kenapa tiba-tiba sebuah logo yang sepatutnya menjadi penganjur utama misi ini tiba-tiba dipadamkan gambar mereka,"
"Selepas siasat punya siasat rupanya mereka tarik diri kerana tidak puas hati dan tuntut balik wang mereka," kata salah seorang peserta yang berada di atas kapal.
Nautical Aliya yang disewa khas oleh mereka mempunyai 185 peserta yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia dan 13 buah negara peserta.
Pada awalnya, kapal ini dilaporkan hanya akan disertai oleh NGO namun kemudiannya telah disertai oleh kerajaan dan akhirnya dirasmikan pelepasan nya oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber — Malaysia Dateline
Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/ngo-turki-tarik-diri-dari-misi-bantuan.html#ixzz4YaRQKwwt
EmoticonEmoticon