Monday, 20 February 2017

Larang Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Keluar Malam, Sultan Johor Tampil Nafi Keluarkan Titah Sedemikian




Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu kenyataan telah menyangkal dakwaan kononnya baginda telah mengeluarkan larangan serta-merta kanak-kanak di bawah 18 tahun berkeliaran tanpa pengawasan seperti ditularkan sejak semalam.

Baginda melalui laman Facebook (FB) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menafikan perkara ini di mana menyatakan tidak pernah mengeluarkan titah sedemikian.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial.

"Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan itu," titah baginda.

Sebelum ini, selepas kes kemalangan yang menyebabkan 8 orang kanak-kanak berbasikal terkorban, pelbagai kisah telah tular di media sosial di mana ada tulisan yang menyebut nama baginda telah mengeluarkan titah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam. -







EmoticonEmoticon