Wednesday, 15 February 2017

KPM Tunda Umum Keputusan SPM Kerana Mesin Rosak, Tiada Wang Nak Baiki


Mana duit GST kami? Tak akan la nak baiki mesin pun sampai tiada duit? Ada satu sahaja ke mesin tersebut? Duit GST dapat berbillion-billion pun masih kata tiada peruntukan untuk baiki sebuah mesin yang rosak, logik kah akal rakyat untuk menerima alasan sebegitu?

Itulah antara kritikan yang diluahkan oleh pengguna sosial media apabila surat pekeliling yang mengesahkan mesin pemprosesan OMR rosak tersebar di laman sosial sejak petang semalam.




Surat pekeliling yang ditandatangan oleh Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, menyatakan bahawanya pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP uzur dan rosak sekali gus menuntut untuk diganti.

"Namun LP menghadapi kekangan peruntukan kewangan menggantikan mesin berkenaan dan hanya boleh dibaiki.

Ini menyebabkan tugas berkaitan pemprosesan data tertangguh untuk kerja membaiki mesin berkenaan, " katanya seperti yang terpapar dalam surat tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, pihak media telah menghubungi kementerian terbabit dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan perlu disiasat.


EmoticonEmoticon