Thursday, 5 January 2017

Setelah Sekian Lama, Najib tak jadi saman Wall Street Journal, WSJ?

SEBAIK sahaja selepas Wall Street Journal, WSJ melaporkan tentang pemindahan wang 1MDB sebanyak RM2.67 billion (USD700 juta) ke dalam akaun peribadi milik Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia itu dikatakan mahu mengambil tindakan saman ke atas WSJ.

Najib dikatakan mahu mengambil tindakan saman pada hari Selasa.




Semasa artikel ini ditulis, hari Selasa masih berbaki 20 minit, sebelum bertukar ke hari Rabu.

Jangan salah sangka, dan marilah bersangka baik — Selagi masih ada bulan dan matahari, selagi itu akan ada hari selasa pada setiap minggu.

Jika Najib tak saman WSJ pada pukul 11:59 malam ini, kita tunggu Selasa minggu depan. Jika minggu depan pun tak saman, kita tunggu dua minggu lagi, begitulah seterusnya sampailah Najib mati barulah sahih Najib takkan saman WSJ.

"Nampak tak permainan dia?"‎


EmoticonEmoticon