Saturday, 7 January 2017

Rizab BNM turun kepada AS$94.6 bilion pada 30 Dis


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsa setakat 30 Disember pada paras AS$94.6 bilion (RM423.10 bilion), lebih rendah berbanding AS$96.4 bilion (RM431.15 bilion) pada 15 Disember.
Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek.


Advertisement
Tambahnya, paras rizab itu mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing, dan terus disokong oleh lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing.
“Bagaimanapun, ini diimbangi oleh pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin,” kata BNM dalam satu kenyataan.
Rizab Malaysia turun ke paras rendah 8 bulan pada akhir bulan November, ketika BNM mengenakan langkah untuk meningkatkan kecairan dan menggalakkan dagangan ringgit dalam negeri dalam usaha untuk mengekang kejatuhan matawang terhadap dolar AS yang semakin meningkat.
Pada 2016, ringgit merosot kira-kira 4.3% berbanding dolar AS.


EmoticonEmoticon