Tuesday, 10 January 2017

Netizen Kecam Faiz Subri Pakai Lambang Salib




KUALA LUMPUR – Segelintir pengguna media sosial (netizen) hari ini mengecam dan menyelar pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri yang didakwa memakai lambang salib di dadanya.

Salinan tangkapan skrin status kecaman yang dimaksudkan itu kini viral di media sosial terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp.

“Anda tidak menyedari ia mengenakan pakaian berlambang salib. Jangan bangga untuk melihat terlebih dahulu,” ulas seorang netizen yang menggunakan identiti Hidayah Muslimah.

Turut menjadi viral satu lagi salinan tangkapan skrin dari status Facebook Tuan Anuwa yang mempertikai beberapa tindakan Faiz Subri ketika berucap di majlis anugerah tersebut.

“Ambo yang daif ini rasa sedikit terkilan apabila beliau guna lafaz Assalamualaikum bukan pada tempatnya.

“Memakai pakaian yang tidak menampakkan imej Melayu dan Islam, bahkan terlihat salib yang jelas,” itu antara yang tertera pada status tersebut.

Tinjauan SuaraTV di pelbagai laman Facebook, menunjukkan kebanyakan netizen lain tidak bersetuju dengan kedua-dua kecaman berkenaan.

Rata-rata netizen menjelaskan penampakkan lambang salib yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah mikrofon.

Semakan video majlis anugerah berkenaan di laman Youtube juga mengesahkan Faiz Subri tidak memakai sebarang lambang salib.


EmoticonEmoticon