Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.
“Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja.
"Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.
“Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).
"Namun pengangkutan awam yang yang mengenakan tambang lebih murah sebenarnya ada dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.
Beliau dalam pada masa sama menyatakan kebanyakan motosikal jenis kapchai ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.
Seperti pengharaman beg plastik dan styrofoam, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam untuk peniaga-peniaga demi untuk mengurangkan beban pengguna.
Sumber: The Star
2 comments
Do that and BN will suffer at the ballotbox come General Election.
Saya duduk di kuala lumpur tetapi totally saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.tambang pengangkutan awam untuk sehari adalah sama dengan minyak motor saya seminggu untuk pergi balik ke tempat kerja.bagaimana untuk yg bekerja di kawasan yg sukar mendapatkan pengangkutan awam ke tempat kerja mereka?
Kenapa tidak cuba kurangkan kegunaan kereta ke tempat kerja?
EmoticonEmoticon