Saturday 28 January 2017

Jambatan Pulau Setelu Gua Musang rosak dirempuh sisa balak hanyut

   


JAMBATAN sementara Pulau Setelu di Gua Musang Kelantan, rosak lagi dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu. Kerosakan kali ini dikatakan akibat struktur jambatan tersebut dilanggar oleh sisa balak hanyut yang dibawa oleh arus Sungai Nenggiri yang dilintasinya.



Berikutan kejadian itu, jambatan Pulau Setelu tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan kerana kerosakan bukan sahaja kepada struktur utama jambatan, malah turut menjejaskan kedua-dua struktur penghubung jambatan dengan daratan kerana hakisan tanah akibat rempuhan kuat sisa balak hanyut yang menghentam struktur utama jambatan.



Dua tahun lalu, Jambatan Pulau Setelu dilaporkan pernah dirempuh ratusan tan balak hanyut dibawa arus deras Sungai Nenggiri mengakibatkan struktur binaan bernilai puluhan juta ringgit itu runtuh.

Kejadian itu mengakibatkan Jalan Gua Musang ke Jeli terputus, menyebabkan penduduk terpaksa berulang alik menggunakan bot untuk mendapatkan bekalan makanan.

Sehingga kini sebahagian daripada struktur lama jambatan yang runtuh itu masih dapat dilihat.


Read more: MiloSuam


EmoticonEmoticon