Sunday, 15 January 2017

Facebook SPRM akui ketulenan surat yang viral

Facebook SPRM akui ketulenan surat yang viral tentang JANS



DALAM artikel sebelum ini, ada dikongsikan sepucuk surat yang tersebar di facebook berhubung status Siasatan SPRM terhadap skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Jika anda belum membacanya sila klik link berikut.

LINK — SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah.

Pelbagai reaksi daripada orang ramai diterima berhubung surat tersebut. Ada yang mendakwa surat tersebut adalah surat palsu, ada yang kata ianya fitnah, dan macam-macam lagi reaksi diterima.

Ada yang pertikai kenapa tak ada tandatangan, kenapa format surat tak betul, dan macam-macam lagilah.

Selain itu orang ramai juga mempertikaikan mengapa dakwaan yang dikenakan terhadap 3 suspek Skandal Air Sabah hanya di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan bukannya di bawah akta yang berkait dengan rasuah dan korupsi (Akta SPRM 2009) atau kedua-duanya sekali.

Berikutan hal itu, salah seorang rakan di facebook telah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM melalui laman facebook rasmi suruhanjaya itu bertanyakan tentang ketulenan surat tersebut.

Pengendali facebook SPRM telah mengakui ketulenan surat tersebut, (surat tersebut tidak palsu), namun mendakwa tafsiran terhadapnya telah dibuat secara salah. Hukuman di bawah AMLA juga dikatakan lebih berat berbanding Akta SPRM.

Dakwanya lagi tidak ada maklumat baru diterima berhubung isu skandal JANS setakat ini, sebaliknya hanya dokumen dan berita semasa, oleh itu memang tiada tindakan yang boleh diambil di bawah bidang kuasa SPRM, itulah sebabnya surat sebelum ini dikeluarkan.



Namun ada satu kenyataan yang aku nampak bercanggah dengan surat yang telah dikeluarkan. Pengendali facebook SPRM mendakwa surat tersebut tidak bermakna kes JANS tiada unsur rasuah sebaliknya siasatan masih dijalankan.

Tapi surat yang disebarkan sebelum ini jelas menyatakan bahawa kes skandal JANS

1. Tiada berunsur rasuah dan di luar bidang kuasa SPRM,
2. Tiada tindakan lanjut (NFA)

Kalau siasatan masih dijalankan, kenapa surat sebelum ini tulis tiada tindakan lanjut? Kenapa tak tulis sahaja masih dalam siasatan SPRM?

Lagipun sudah diakui bahawa surat itu adalah tulen. Kalau tulen macam mana boleh bercanggah antara isi surat dan kenyataan pengendali facebook SPRM?

Apa pun kenyataan perbualan dengan pengendali facebook SPRM tentu sekali tidak boleh dianggap sebagai kenyataan rasmi suruhanjaya itu, cukuplah sebagai sedikit panduan.

Oleh itu sama-sama kita tunggu apakah kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh SPRM berhubung perkara ini jika ada.


EmoticonEmoticon