Friday, 27 January 2017

Elaun Pelajar Institut Perguruan Di Mansuhkan?


 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kadang-kadang terselit juga rasa bangga bila ramai yang mencemburui kelebihan kami yang diberikan elaun dalam RM600 sebulan sebagai warga IPG. Susulan daripada cadangan pemansuhan elaun pelajar IPG yang diviralkan baru-baru ini, ini cadangan akulah sebagai pelajar IPG yang bakal menghabiskan pengajian pada akhir tahun ini, insya Allah.




  • Dulu, aku pernah menulis entri kenapa aku memilih institut pendidikan guru. Memang aku bersyukur. Entri ini bukanlah untuk menyatakan ketidakpuasan hati belajar di IPG. Dah biasa. Dah terima. Kami tahu semuanya untuk menyediakan kami untuk menjadi guru yang baik.
  • Cuma aku terpanggil untuk menyatakan cara hidup kami di sini. Disebabkan kami dicadangkan untuk tidak menerima elaun seperti pelajar bukan IPG, aku sebagai pelajar IPG pun ingin menyarankan korang tiru dulu cara kehidupan di IPG ini dulu. Barulah adil dan saksama.
  • Bersedia untuk berhadapan dengan Akta 174 yang memberi kuasa mendenda pelajar yang melakukan kesalahan termasuk bayaran duit. Kesalahan termasuk mengingkari apa jua arahan pihak pentadbiran IPG. Antaranya: Tidak hadir majlis perhimpunan, majlis rasmi, tidur di bilik orang lain di asrama, keluar melebihi masa ditetapkan, bekerja sambilan dan sebagainya.
  • Mula berlatih untuk bangun awal sebab kelas start 7.45 pagi untuk menyamakan jadual sekolah rendah. Insya Allah kelas akan berjalan sampai 1 tengah hari atau 6 petang atas budi bicara. Sebelum pukul 1 petang tidak boleh keluar kampus walaupun tiada kelas. Berlegarlah kat memana asalkan dalam kampus.

Contact hours kena cukup. Sakit pun, kena cubalah datang juga ke kelas sebab kalau tak cukup contact hours, tidak boleh masuk dewan peperiksaan. Kalau terpaksa juga skip kelas, kena ejas balik berjumpa dengan pensyarah sampai cukup masa yang ditetapkan. Tu pun dengan budi bicara. Besar kemungkinan tak dapat, kena repeat semester.
Sekarang, kami tidak boleh memohon untuk tinggal di luar asrama sebab bilik asrama banyak kosong. Sebagai penghuni asrama, kenalah mematuhi peraturan asrama. Tidak boleh memasak. Bawa rice cooker kena rampas. Terpaksa makan kat kedai walaupun mahal. Nak jemur baju pun tak boleh ikut suka. Tambah tali dalam bilik pun tak boleh

Kenyataan oleh sahabat di IPG


  • Menghantar kad keluar di pondok jaga setiap kali keluar dan mengambilnya semula setiap kali masuk. Bersedia untuk rasa annoyed. Kalau tak buat, kena Lam PT bawah akta 174. Kena jumpa warden. Kalau kad hilang, kena beli baru. Guna duit ye.
  • Tidak perlu merancang percutian dengan kawan- kawan, sila rancang dengan budak- budak sekolah sebab kitorang cuti sama dengan dorang. Kalau nak juga, sila jatuh sakit pada waktu bercuti untuk dapatkan surat MC daripada hospital kerajaan. Bila kawan tak dapat datang majlis kahwin pun jangan sedih. Kena faham mereka tak cuti time kita tengah cuti.
  • Pastikan, sebelum pukul 11 malam, sila pastikan sudah pakai baju tidur, gosok gigi, dan sapu losyen untuk tidur. Kalau masih di luar pagar kampus, sila book hotel murah mana-mana. Yelah, takkanlah nak tidur luar pagar sampai pagi sebab security guard tak nak buka pagar. Ada juga IPG yang mewajibkan pelajarnya berada di asrama sebelum pukul 7 malam lagi.
  • Untuk pengguna tegar internet, sila RM50 sebulan untuk langgan data internet banyak-banyak untuk berFacebook dan Whatsapp sebab wifi kat sini ada la dalam 1 bar. Tu pun hilang sebelum sempat habis load satu webpage. Kalau rajin, boleh bertapa di library. Kat sini, kuatlah sikit. Tak boleh bukak FB kecuali Sabtu dan Ahad.
  • Pakaian kena sopan. Baju kurung sahaja untuk perempuan, kemeja dan seluar slack untuk lelaki. Skirt non Muslim kena panjang sampai bawah lutut. Tidak boleh sexy mexy. Kasut sukan wajib warna putih, seluar sukan IPG warna merah setiap kali kelas sukan, kasut kulit warna hitam bertumit setiap kali ke kelas.
  • Semasa praktikum, lagak kena seperti guru yang dah mengajar 10 tahun. Salah sikit dapat warning. Ramai guru senior mintak tolong buat kerja dorang. Nasib tak berapa baik, kena mengajar kelas hujung. Markah terjejas bila lecturer datang observe. Sesetengah sekolah tak bagi budak Praktikum guna kemudahan di sekolah. Jadi, kena beli sendiri kad manila, kertas majung, marker, peralatan sekolah (terutama sekolah luarbandar yang murid selalu tidak bawa bekas pensel), dakwat printer, kertas, alat bantu mengajar dan sebagainya. Guna duit ya.




  • Kontrak dengan kerajaan adalah selama 5 tahun. Tidak boleh mengajar kurang daripada tempoh tersebut. Kalau kurang, kena bayar denda beratus ribu. Sudahlah skop pekerjaan hanyalah dalam bidang yang kurang meluas skopnya. Sebagai contoh, aku sebagai pelajar TESL. Aku hanya boleh bergantung pada pekerjaan dalam bidang pendidikan semata-mata. Senang cerita, di sekolah semata-mata. 
  • Bila jadi cikgu pula, kami kena sentiasa menjaga perlakuan dengan sebaiknya. Kalau boleh, jangan buat salah langsung sebab kami adalah model kepada para pelajar. Boleh dikatakan, apa yang kami berikan pada pelajar lebih lagi daripada anak sndiri. Salah sikit, ibu bapa datang condemn sedangkan kami juga manusia biasa. Tidak lepas daripada membuat kesilapan.
  • Sebagai guru di sekolah juga, kami tidak berpeluang untuk mendapat pendapatan lebih daripada OT macam ramai orang. Kalau berniaga pula, kena marah. Orang dok keji. Ramai cikgu buat kelas tambahan secara percuma. Kalau result bagus, orang kata budak bijak. Kalau tak bagus, dikatanya cikgu yang tak pandai mengajar.

Kami budak IPG memang bergantung pada elaun. Nak mintak dengan parents malu. Nak keje tak boleh. RM500 lebih sahaja sebulan tolak asrama dengan everything yang kitorang kena hadap setiap hari. Bukan RM1500. Boleh kata cukup cukup makan sahaja. Setiap daripada kita mempunyai kelebihan masing-masing.

Apa kata kita tumpang gembira untuk setiap kelebihan yang ada pada sesama kita? Berdoa untuk rezeki kita lebih lagi pada masa akan datang. Bukankah itu lebih baik?

#kamicikgumuda #ipgm #isuelaun


EmoticonEmoticon