AIR KEROH, MELAKA - Cubaan seorang lelaki memasukkan RM100 ke dalam mesin deposit sebuah bank tidak berjaya apabila wang kertas tersebut disahkan palsu.
Mohd Azwim Kamarulzaman, berkata, wang kertas itu dikeluarkannya dari mesin ATM, namun apabila cuba dimasukkan dalam mesin deposit, gagal berbuat demikian.
"Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab," katanya.
Ekoran itu, Mohd Azwim membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan beliau dimaklumkan sudah banyak kes yang sama berlaku.
Mohd Azwim juga dimaklumkan oleh pihak bank bahawa, wang tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab memasukkan wang itu ke dalam mesin.
Dalam kes berasingan, Norihas, juga mendedahkan dia dan suami pernah mengalami kejadian yang sama. Seperti yang dialami oleh Mohd Azwim, pihak bank juga enggan bertanggungjawab terhadap masalah yang dialami Norihas.
"Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja. Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?" luahnya.
Norihas juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank masih enggan bertanggungjawab.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila menerima wang kertas RM100 yang berkemungkinan palsu.
1 comments so far
Boleh saya tahu . Saudara dan saudari berurusan dangan bank mana.. dalam hal yang sama dijb,,ada satu cerita seorang makcik ingin membayar bil api dan air dipejabat pos,kami hanya melihat pegawai pejabat pos dan makcik itu bertelingkah mengenai duit palsu yang didakwa baru keluar dari bank,, pertelingkahan mereka tak selesai mengenai duit palsu rm 100..akhirnya mereka terpaksa panggil polis.. untuk menyelesaikan isu duit palsu itu, akhirnya duit itu dikerat dua. Kesian pada makcik tu menangis dia kerana hal duit palsu serta tak dpt bayar bil api.
EmoticonEmoticon