Saturday, 14 January 2017

Banjir di Terengganu.. Bas Amphicoach yang harga RM6Juta tu mana?


Antara propaganda yang disebarkan oleh berbagai media dari US mengenai pesawat F22 atau dikenali juga dengan nama Raptor ini ialah ianya menggunakan teknologi 'Stealth'.

Dengan mengaplikasikan teknologi 'Stealth' tersebut, pesawat pejuang itu mampu untuk mengelakkan dari dikesan oleh sebarang radar.

Walaupun ianya dilengkapi teknologi 'Stealth', pesawat tersebut masih boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar..

Dan apa yang dikatakan sebagai propaganda itu telah terbukti sebagai propaganda untuk membolehkan pesawat tersebut dijual pada harga yang tinggi bilamana pesawat tersebut telah dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Syria.

Berikut adalah petikan laporan tersebut..

According to the Oklahoman newspaper Post, citing U.S. military sources that the F-22 Raptor crashed in the north of Jordan, sources tell about the possibility of shoot down the F-22 Raptor aircraft by a Syrian missile Syrian everything and happened near the Syrian border, while a military expert John Blu Reed told the newspaper that the shoot down of the F-22 Raptor confirmation that Syria has a defense system updated the S-300, S 400 missiles or rockets ~ South Lebanon

Teknologi 'Stealth' ini tiba-tiba dibincangkan di negara kita ini sejak banjir yang disifatkan sebagai paling buruk dalam masa 30 tahun melanda Pantai Timur Semenanjung.

Ianya dikatakan turut diaplikasikan dalam dua buah kenderaan amfibia yang dibeli oleh sebuah negeri di pantai Timur bagi merancakkan aktiviti pelancongan dan membantu mangsa banjir.

Kedua-dua kenderaan ini dikatakan dilengkapi dengan teknologi yang jauh lebih advance dari 'Stealth' pada pesawat Raptor milik US, dimana ianya bukan sahaja tidak boleh dikesan oleh radar malah tidak juga boleh dilihat dengan mata kasar..

Ianya dipercayai dilengkapi teknologi 'Stealth' yang lebih advance kerana sudah beberapa hari banjir melanda namun tiada sebarang gambar dirakam menunjukkan kenderaan tersebut sedang membantu mangsa banjir sedangkan ianya dikatakan dibeli untuk membantu menyelamatkan mangsa banjir..

Berikut adalah laporan mengenai pembelian kenderaan yang dimaksudkan itu..

Bas dua alam



Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.



“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu lapor mStar


EmoticonEmoticon