AHLI POLITIK DITAMPAR DENGAN KASUT
Menurut Mohamad Nazri Abdul Kadir, tindakannya memberikan ‘Salam Tapak Kasut’ terhadap lelaki tersebut adalah untuk untuk menuntut hak anaknya yang telah dihina.
“… Saya hanya menuntut hak anak saya yang dia hina sebagai anjing pada minggu lepas, dalam soal menghina, tiada istilah tua atau muda, ianya soal maruah insan,” ujarnya Nazri yang menjelaskan mengenai tindakan itu di laman Facebook lapor portal SuaraTV.
Nazri turut menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk menyedarkan Zaharin yang sering mengunakan laman Facebook untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan terhadap mana-mana individu yang tidak sealiran dengannya.
“Saya panggil dia duduk di meja sebelah, kerana di mejanya ramai kawan-kawan dia saksi pun ramai ketika itu. Saya panggil dia untuk bertanya, kenapa dia anjingkan anak saya (sekali) minggu lepas sewaktu #PAU2016.
“Saya juga tidak pukul dia ala-ala Gangster sehingga berdarah luka parah berjurai-jurai darah menitis-nitis, saya cuma berikan ‘Salam Tapak Kasut’ ke mukanya sahaja sebagai pengajaran untuk dia kerana bermulut lancang tidak mengambil kira sensitiviti orang lain apabila menulis di wallnya.
Terdahulu Zaharin yang juga merupakan ketua Umno Cawangan di Bandar Tun Razak didakwa pernah berulang kali mengunakan kata-kata kesat terhadap pengguna media sosial hanya kerana mereka mengkritik statusnya di laman Facebook.
Dikemaskini: Zaharin Mohd Yasin menafikan menggelar anak Mohamad Nazri Abdul Kadir sebagai anjing!
1 comments so far
Tak de video pun bro
EmoticonEmoticon