Tuesday, 13 December 2016

Rosmah Mansur Lebih Jujur Berbanding

ROSMAH LEBIH JUJUR BERBANDING NAJIB

oleh Shahbudin Husin

Sejak nama Malaysian Official 1 disebut dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS dan individu yang dikaitkan dengan gelaran itu juga tidak sukar untuk difahami identitinya, apa yang ditunggu-tunggu ialah pengakuan jujur dan ikhlas daripada orang yang dinamakan itu.

Meskipun Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 atau MO1 adalah Najib Razak, tetapi sehingga hari ini kita belum lagi mendengar beliau mengesah atau menafikannya.

Dalam berteriak sebagai Pahlawan Bugis dan pantang menyerah walau sehingga bumi berkeping dua serta sesekali mencabar orang lain disana sini, mengapa Najib begitu takut mengaku dirinya sebagai MO1?



Sebaliknya, isteri beliau, Rosmah Mansor pula yang telihat ada keberaniannya.

Bukan saja berani mengakui dirinya dalam adalah isteri MO1, Rosmah juga sebagaimana yang disebut oleh Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, turut tidak gentar melontarkan cabaran, “Kamu ingat saya takut dengan kamu.”

Woww…hebat betul “First Lady” kita ini.

Sekurang-kurangnya dengan pengakuan tersebut, Rosmah bukan saja terlihat lebih berani berbanding Najib, malah tidak gentar untuk berlaku jujur dan berterus-terang.

Bila lagi Najib mahu jadi seberani Rosmah? – Sumber Shahbudin Husin


EmoticonEmoticon