Sunday 25 September 2016

Kadar Baru Kompaun Saman Trafik PDRM, JPJ & DBKL Mengikut Kategori Kesalahan


Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip ‘The More You Delay’, ‘The More You Pay . Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

*klik gambar untuk paparan yang lebih jelas



Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam.



Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.




Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.




Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.



TUKAR ATAU BAYAR SAMAN
denda tidak tukar no plat baru, plat kete ikut spek jpj november 2014, isu jpj saman no plat tak ikut sukatan



Bermula 1 November 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melakukan operasi besar-besaran bagi mengambil tindakan kepada pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi. Antara kesalahan yang paling popular ialah pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat.




Bagi penggemar kenderaan, aktiviti ubah suai sudah pasti sinonim dengan mereka untuk nampak bergaya di atas jalan raya. Mengubah spesifikasi nombor plat seperti saiz dan jenis 'font' semakin berleluasa. Berlainan pula dengan pembeli daif yang langsung tidak mengetahui spesifikasi sebenar JPJ. Mereka ini akan menjadi mangsa keadaan jika nombor plat mereka dipasang oleh kedai yang hanya mengejar keuntungan.




Jika disabit kesalahan, anda mungkin dikenakan kompaun bergantung kepada jenis kenderaan. Bagi semua kenderaan 250 cc dan ke atas akan dikenakan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).




Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan). Jadi mulakan menyemak susunan nombor pendaftaran anda sekarang. Usah biarkan saman JPJ menghantui anda.

2 comments

Assalamualaikum Bro, nak tanya baru2 saya kena saman no plate sbb x ikut speksifikasi dan pengawai suruh datang ke JPJ untuk pemeriksaan..kalau saya byar saman Tanpa pemeriksaan boleh ke?

hye bro.. nk tnya sya kena saman sbb crmin sisi moto tak psang.. tp kena hadir mahkamah.. adkh sy blh byar trus ke pejabat polis?..


EmoticonEmoticon